Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ASEAN akan teroka langkah lanjut perkukuh rantaian bekalan

Anggaran Waktu Membaca:
ASEAN akan teroka langkah lanjut perkukuh rantaian bekalan

Encik Gan Kim Yong, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gambar: MTI

SINGAPURA: Negara-negara anggota ASEAN bersetuju untuk meneroka langkah-langkah lanjut bagi mengkukuhkan lagi rantaian bekalan di rantau ini, di samping mempertingkatkan pemulihan ekonomi daripada pandemik COVID-19, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Rabu (16 Mac).

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong menghadiri Retreat Menteri Ekonomi ASEAN ke-28 pada Rabu (16 Mac) dan acara itu dihoskan oleh pengerusi ASEAN, Kemboja melalui sidang video.

Di Retreat tersebut, Encik Gan menyarankan tiga bidang utama di mana ASEAN boleh saling bekerjasama untuk memacu pemulihan ekonomi.

Ini termasuk perpaduan yang berterusan dan "integrasi ekonomi serantau yang terbuka dan berasaskan peraturan".

Beliau turut menekankan bahawa ASEAN perlu bertindak pantas untuk menangani cabaran-cabaran semasa dengan memperkukuhkan rantaian bekalan dan mengemas kini perjanjian perdagangan bebas ASEAN.

ASEAN juga perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai "perkumpulan serantau yang progresif dan dinamik" melalui kerjasama dalam bidang-bidang baru seperti ekonomi digital dan ekonomi mesra alam.

Mesyuarat itu juga menggesa negara-negara anggota supaya mempercepatkan penyambungan semula perjalanan rentas sempadan yang selamat.

Mesyuarat tersebut turut menggesa kerjasama yang lebih mendalam dalam bidang ekonomi digital dan ekonomi mesra alam.

Para menteri juga membincangkan usaha untuk memperluaskan pelbagai inisiatif di bawah Hala Tuju Bandar Seri Begawan mengenai Transformasi Digital yang dipersetujui pada 2021.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan