Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ASEAN akan menjadi lebih penting kepada India apabila ekonominya berkembang: Vivian Balakrishnan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: ASEAN akan menjadi lebih penting kepada India apabila ekonomi dan peranannya di rantau Indo-Pasifik berkembang, kata Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan pada Khamis (16 Jun). 

Dr Balakrishnan menjawab pertanyaan mengenai bagaimana sesetengah pihak percaya bahawa Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) tidak lagi begitu penting kepada India sedang ia memainkan peranan lebih aktif di rantau ini dengan pelancaran Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik. 

Bercakap dengan  pihak media dari New Delhi, Dr Balakrishnan berkata beliau mempunyai "pendapat yang berbeza". 

"Apabila ekonomi India berkembang, begitu juga pasaran atau eksportnya dan keperluannya untuk tenaga dan sumber lain, India mempunyai kepentingan strategik, bukan sahaja di Lautan India, tetapi juga di Asia Pasifik," tambahnya. 

"Dan kerana ASEAN berada di tengah-tengahnya, ASEAN lebih penting bagi India."

Dr Balakrishnan berada di New Delhi untuk mempengerusi bersama Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-India dengan Menteri Ehwal Luar India S Jaishankar dan menyampaikan ucapan di Sesi Menteri di Dialog Delhi ke-12. 

Mesyuarat itu mengesahkan bahawa ASEAN sangat penting bagi India, kata Dr Balakrishnan. 

"Sebenarnya, kami mempunyai banyak peluang untuk melakukan lebih banyak lagi dengan menyepadukan ekonomi kami. Kami mempunyai banyak peluang di ruang siber, teknologi hijau, pembangunan mampan dan pasaran karbon. 

"Saya yakin, dan ini bukan sahaja pandangan saya, tetapi ini mencerminkan pandangan pemerintah India bahawa ASEAN lebih penting bagi India."

Misalnya, India berminat untuk menubuhkan lebuh raya yang akan menghubungkan negara itu dengan Myanmar, Thailand dan seterusnya ke Laos, Kemboja dan Vietnam, yang akan mempercepat dan meningkatkan peluang ekonomi, kata Dr Balakrishnan. 

Di mesyuarat itu, pemimpin India dan ASEAN juga membincangkan kerjasama dari sudut teknologi digital dan mampan, tambahnya. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan