Artis cilik ukir nama di persada global, pamer karya di Perancis
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Minat Adam Danial Mohamad Faisal terhadap seni yang mula dipupuk sejak usianya 10 tahun, akhirnya membawa ke pentas antarabangsa.
Setelah mengesan bakat dan minat satu-satunya anak mereka itu, ibu bapa Adam mendaftarkannya ke kelas seni di Little Artists Art Studio.
Dengan sokongan ibu bapanya yang memberi ruang untuk terus berkarya, bakat kanak-kanak berusia 12 tahun itu kini melangkah lebih jauh apabila karya pertamanya dipamerkan di sebuah pameran seni berprestij di Perancis.
Berjudul “Where Machines Grow Life”, lukisan Adam Danial itu dipamerkan di Art Capital Paris: Le Salon des Artistes Français, yang berlangsung di Grand Palais, Paris, dari 18 hingga 22 Februari 2026.
Semasa dihubungi Berita Mediacorp, Adam Danial berkata dia sukar mempercayai diberi peluang tersebut.
“Saya rasa sangat teruja dan terkejut apabila tahu saya dipilih untuk menyertai pameran di Perancis. Ia satu penghormatan besar, dan ini kali pertama karya saya buat pameran di luar negara,” kata Adam Danial.
DIPILIH DARIPADA LEBIH 50 PENYERTAAN
Penyertaan Adam Danial bukan sekadar undangan biasa.
Sekolahnya (St Joseph Institution) menerima lebih 50 karya daripada pelajar sebelum satu panel juri dalaman memilih sekitar 20 karya terbaik untuk dipamerkan di Paris.
Karyanya antara yang terpilih.
Ini merupakan kali kedua sekolahnya menyertai pameran di Paris.
Acara tahunan itu menghimpunkan lebih 3,000 artis dan menarik lebih 150,000 pengunjung dari seluruh dunia.
Menurut ayahnya, penyertaan ini sangat bermakna kerana bukan sahaja ia merupakan satu pencapaian buat Adam Danial malah membuka peluang untuk menimba ilmu dan mengenali dunia seni antarabangsa.
“Peluang ini membuka ruang kepada Adam untuk berinteraksi dengan pengunjung, pengkritik seni dan artis antarabangsa,” ujar ayahnya, Mohamad Faisal Othman, 47 tahun.
‘WHERE MACHINES GROW LIFE’, KARYANYA YANG TERPILIH
Lukisan akrilik Adam Danial menampilkan gambaran unik iaitu sebuah robot sedang membentuk kepala manusia, sementara dari fikiran yang terbuka itu tumbuh sepohon kecil tanaman.
Menurutnya, karyanya itu meneroka hubungan antara penciptaan, pertumbuhan dan kesedaran.
Robot yang secara semula jadi dilihat sebagai mekanikal dan tanpa emosi, digambarkan sebagai ‘tukang kebun kehidupan’, menyumbang kepada ekosistem imaginasi yang berwarna-warni dan berkembang.
Adam Danial berkongsi bahawa dia bertujuan “meneroka bagaimana teknologi boleh digunakan secara positif, bagaimana mesin juga boleh menjadi medium melahirkan idea dan kehidupan baharu.”

Inspirasinya banyak dipengaruhi oleh artis Jepun terkemuka, Yayoi Kusama, khususnya penggunaan warna berani dan corak berulang yang ceria.
“Saya memilih untuk menghasilkan karya mengikut pendekatannya kerana mahu karya saya kelihatan ceria, bertenaga dan penuh dengan kehidupan,” jelas Adam Danial.
“'Outline' paling penting dalam lukisan. Tanpa 'outline', tiada asas untuk bina keseluruhan karya,” ujar Adam Danial, yang gemar menggunakan medium akrilik dan campuran pelbagai bahan dalam karyanya.
CABARAN MENGIMBANGI MINAT DAN AKADEMIK
Sejak mengikuti kelas seni secara konsisten di Little Artists Art Studio, Adam Danial aktif menyertai pertandingan dan pameran, termasuk memenangi pingat emas dalam satu pertandingan ketika berusia 11 tahun.

Namun, jadual hariannya bukan sekadar seni.
Adam Danial juga aktif dalam sukan renang kompetitif, bermain bola sepak di sekolah dan bermain piano.
Ini di samping madrasah dan kelas mengaji.
Justeru, mengimbangi pelajaran, minat, kegiatan riadah, menjadi antara cabaran utama buat Adam Danial, lebih-lebih lagi dengan dia bakal menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini.
Namun, dengan bimbingan dan disiplin yang diterapkan ibu bapanya, Adam Danial tetap diberi ruang untuk terus meneroka minatnya dalam seni.
Ini termasuk memperuntukkan masa khusus untuk dia melukis.

IBU BAPAK TONGGAK SOKONGAN WALAU TIDAK BERLATAR SENI
Menariknya, Encik Faisal dan isterinya, Cik Lidiyana Surani, 46 tahun, bukan daripada latar belakang seni bahkan tidak mempunyai minat dalam bidang tersebut.
Namun, mereka beriltizam memberi ruang dan peluang kepada anak tunggal mereka untuk berkecimpung dalam minatnya.
“Kami sendiri tidak cenderung kepada seni tetapi kami nampak dia ada minat dan bakat. Jadi kami mahu beri ruang dan peluang untuk dia teroka," ujar Encik Faisal yang berkhidmat di Pasukan Polis Singapura (SPF).
Beliau turut mengakui bahawa sistem pendidikan di Singapura agak padat namun beliau dan isteri tetap berusaha menyokong minat anak mereka sebaik mungkin.
Usaha ini termasuk memberi Adam Danial peluang menyertai pameran tersebut meskipun ia menelan belanja yang tinggi.
“Penyertaan ke Paris bukan sesuatu yang murah dan tidak ditaja tetapi ia kaya dengan pengalaman dan pendedahan buat Adam. Kami mahu beri peluang yang mungkin kami sendiri tidak pernah dapat dahulu,” kongsi Encik Faisal.
Ini lebih bermakna kerana pasangan yang berumahtangga pada 2005 itu telah menunggu hampir lapan tahun sebelum dikurniakan cahaya mata, membuatkan mereka mahu memastikan Adam Danial mendapat peluang yang terbaik.
Meski cemerlang dalam seni, Adam Danial masih menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang doktor kelak atau ahli paleontologi kerana minat mendalamnya terhadap dinosaur sejak kecil.
Baginya, menjadi artis mungkin juga satu pilihan walau hanya secara separuh masa.
Namun buat masa ini, keutamaannya adalah terus belajar, mencuba teknik baharu dan menyertai lebih banyak pameran.

Sumber : BERITA Mediacorp/bk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.