Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ART:DIS perluas Program Mentor Industri

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seniman-seniman veteran kini melatih para artis golongan kurang upaya untuk lebih mempersiapkan mereka bagi kerjaya dalam bidang seni.

Pertubuhan bukan mengambil keuntungan ART:DIS misalnya, sudahpun meluaskan program mentornya.

Selain seni pentas, para peserta juga kini menerima panduan dalam seni visual.

Akibat penyakit Sindrom Down, sulit bagi Jaspreet Kaur meluahkan perasaannya.

Tetapi, selepas dibimbing oleh penulis skrip Haresh Sharma, Jaspreet berjaya menghasilkan pementasan solonya sendiri.

Di bawah Program Mentor Industri ART:DIS, para peserta seperti Jaspreet mengambil masa setahun di bawah bimbingan seniman veteran dalam bidang masing-masing.

Ia terbuka kepada semua artis dari golongan kurang upaya, tidak kira dari segi kecerdasan atau fizikal.

Namun, sumber-sumber terhad dan kesulitan menangani golongan kurang upaya yang berbeza, memaksa pertubuhan itu mengehadkan jumlah pelatih.

Hanya 9 orang artis menyertai program latihan terbarunya.
Sumber : CNA/KH/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan