Arnab putih kebuluran diselamatkan dari kubur Pusara Aman
Anggaran Waktu Membaca:

Arnab putih diselamatkan di Pusara Aman. (Gambar-gambar: At Takwa Services/Facebook)
SINGAPURA: Sesiapa sahaja yang melihat gambar arnab yang baru-baru ini diselamatkan di Pusara Aman pasti akan berasa sedih.
Arnab berwarna putih itu dipercayai haiwan peliharaan yang diabaikan di tanah perkuburan tersebut. Ia jelas kehausan dan kebuluran di tapak yang kering dan ketandusan air mahupun makanan.
Kakinya pula kelihatan kotor dan terluka... mungkin kerana terkena lumpur.

Insiden ini dikongsi syarikat khidmat pengebumian haiwan peliharaan, At Takwa Services, di Facebook pada Ahad (17 Sep).
"(Kami) selamatkan seekor arnab di Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman. Ia sudah dibawa ke SPCA untuk dirawat. Ia kelihatan kehausan dan kelaparan memandangkan tempatnya kering dan tiada makanan atau air," tulis syarikat itu.

Ramai memuji pihak yang menyelamatkan arnab bersaiz kecil itu sambil menduga ia sememangnya haiwan peliharaan yang diabaikan.
"Siapalah yang zalim tinggalkan di situ. Tak mungkin si arnab jenis liar atau arnab 'jadi-jadian'. Pasti ada yang meletakannya di situ. Semoga ada orang yang sudi mengambil arnab itu nanti," komen seorang netizen, Sue Suesan.
"Macam 'pet rabbit'.... arnab jarang ada yang liar di Singapura ini. Kerja siapalah yang kejam kalau betul peliharaan punya," tulis seorang lagi pengguna Facebook, Zimi Maui.

Dalam dua lagi gambar yang dimuat naik At Takwa Services, arnab itu kelihatan diletakkan dalam satu troli kotak lipat selepas diselamatkan dari tanah perkuburan.
Ia seolah-olah "trauma" - berdiri kaku di satu sisi kotak dengan matanya sayu.

Satu borang Persatuan Mencegah Penganiayaan Haiwan (SPCA) juga dilihat disisinya, sekali gus mencetuskan rasa bimbang dalam kalangan sebilangan netizen yang takut arnab berbulu putih itu akan ditidurkan.
Apa pun ramai mengucapkan terima kasih kepada 'pak cik' yang menyelamatkan arnab itu.
"Semoga Allah swt membalas semua jasa baik Tuan," tulis ramai.

Sumber : BERITA Mediacorp/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.