Skip to main content

Singapura

Armada kenderaan elektrik DHL Express naik 8 kali ganda dalam usaha kurangkan jejak karbon

Syarikat logistik DHL Express meningkatkan armada kenderaan elektriknya (EV) sebanyak lapan kali ganda dengan tambahan 80 EV baru.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Jun 2022 08:28PM Dikemas Kini : 21 Jun 2022 09:07PM
SINGAPURA: Syarikat logistik DHL Express meningkatkan armada kenderaan elektriknya (EV) sebanyak lapan kali ganda dengan tambahan 80 EV baru.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan EV DHL kepada 90 kesemuanya.

Ini sebahagian daripada pelaburan lapan juta dolar sepanjang lima tahun akan datang untuk menambah jumlah kenderaan EV sambil mengurangkan jejak karbon.

Menurut DHL, van-van ini akan menjangkaui 30 peratus perjalanan penghantaran harian dan menjimatkan lebih 300 tan pelepasan karbon setiap tahun.

Untuk mengecas kenderaan EV, DHL akan memasang 105 alat pengecas di pusat-pusat perkhidmatannya.

Terdapat juga rancangan untuk menggantikan kenderaan-kenderaan yang lebih besar dengan 25 EV dalam 12 bulan akan datang.

DHL menyatakan ia 15 peratus lebih murah untuk mengendalikan dan menyenggarakan van elektrik.
Sumber : CNA/IA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita