Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Arkitek tersohor SG William Lim meninggal dunia pada usia 90 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Arkitek tersohor SG William Lim meninggal dunia pada usia 90 tahun

(Gambar: Facebook/Institut Arkitek Singapura)

SINGAPURA: Arkitek tersohor Singapura, William Lim, meninggal dunia pada usia 90 tahun.

Demikian menurut Persatuan Warisan Singapura dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu (7 Jan).

Mendiang memainkan peranan besar dalam reka bentuk bangunan terkenal seperti People’s Park Complex dan Golden Mile Complex.

Antara sumbangan mendiang termasuk Singapore Conference Hall dan Trade Union House (yang kini dikenali sebagai Singapore Conference Hall), Balai Rakyat Tampines North, Balai Rakyat Marine Parade, Pusat Beli-Belah Tanglin, Gallery Hotel di Robertson Quay, yang sudah digantikan dengan InterContinental Singapore Robertson Quay pada 2017.

Di samping itu, mendiang juga terlibat dalam reka bentuk Central Market di Kuala Lumpur dan Merlin Hotel di Johor Bahru.

Dilahirkan di Hong Kong pada 19 Julai 1932, Encik Lim disifatkan oleh Institut Arkitek Singapura sebagai "salah seorang arkitek utama Singapura moden".

Pada tahun 1965, mendiang menubuhkan Kumpulan Perancangan dan Penyelidikan Bandar Singapura (SPUR) dengan sekumpulan arkitek dan perancang. Beliau malah, turut menyandang jawatan sebagai pengerusi pertama kumpulan tersebut.

Menurut rencana di laman web Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), kumpulan tersebut juga membahaskan isu-isu berkaitan perancangan, perumahan dan persekitaran bandar. Ia turut mengusulkan beberapa alternatif kepada pelan Pemerintah untuk memodenkan Singapura.

Encik Lim "khususnya mengusulkan agar perumahan awam dan privet dibina dekat antara satu sama lain, di samping menyarankan pembinaan sistem MRT di Singapura sedang pemerintah ketika itu menimbangkan sama ada untuk membangunkan sistem bas sepenuhnya atau rangkaian kereta api di negara ini," menurut rencana tersebut.

Beliau bersara daripada kerjaya seni bina pada tahun 2002, pada usia 70 tahun.

Menurut catatan Facebook Institut Arkitek Singapura, Encik Lim juga adalah seorang penulis, yang sudah menerbitkan 13 buku dan artikel berkaitan dengan perancangan bandar dan seni bina, dengan pengamatannya lebih menjurus kepada kemodenan, keadilan sosial dan jati diri budaya.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan