Arahan tarik balik Ceres 100% Apple Juice diperluas kepada kelompok lain produk terjejas
Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Jumaat (29 Okt) mengarahkan satu lagi kelompok produk Ceres 100% Apple Juice ditarik balik, selepas paras patulin yang tinggi dikesan. Arahan itu dikeluarkan dua minggu selepas tindakan serupa dibuat untuk menarik balik dua kelompok produk itu.
(Gambar: SFA)
SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Jumaat (29 Okt) mengarahkan satu lagi kelompok produk Ceres 100% Apple Juice ditarik balik, selepas paras patulin yang tinggi dikesan.
Arahan itu dikeluarkan dua minggu selepas tindakan serupa dibuat untuk menarik balik dua kelompok produk itu.
Patulin adalah toksin yang boleh didapati dalam buah-buahan yang rosak seperti epal akibat pencemaran kulat sebelum dan selepas proses menuai, jelas SFA.
“Kadar patulin yang dikesan boleh menyebabkan produk menjadi tidak selamat untuk dimakan/minum jika diambil dalam tempoh jangka panjang,” tambahnya.
Arahan terkini menjejas Ceres 100% Apple Juice dalam paket 1 liter dengan tarikh Baik Sebelum 29 Jun 2022, keluaran Afrika Selatan.
Kumpulan produk yang terjejas sebelum ini adalah:
- Ceres 100% Apple Juice dalam paket 200ml , dengan tarikh Baik Sebelum 14 Jun 2022, dan berasal dari Afrika Selatan
- Ceres 100% Apple Juice dalam paket 1L dengan tarikh Baik Sebelum 17 Jun 2022, dari Afrika Selatan
Arahan menarik balik terbaru oleh pengimport Naspac Marketing sedang dijalankan, menurut SFA.
Mengambil patulin dalam jumlah yang banyak menerusi makanan boleh menyebabkan rasa ingin muntah, mual dan sakit perut.
Bagaimanapun, pendedahan singkat tanpa pengambilan berlebihan tidak mungkin menimbulkan masalah kesihatan, kata SFA.
Mereka yang telah membeli produk yang terjejas dinasihatkan agar tidak meminumnya. Mereka yang telah meminumnya dan bimbang tentang kesihatan mereka harus mendapatkan nasihat perubatan, tambah agensi itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.