Arahan POFMA ke-4 dikenakan kepada kumpulan antihukuman mati
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah kumpulan aktivis di Singapura, The Transformative Justice Collective (TJC), yang mendesak supaya hukuman mati dimansuhkan di sini telah dikenakan arahan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA)yang keempat pada Selasa (26 Nov).
Ia berhubung kenyataan palsu mengenai layanan banduan yang menanti hukuman mati yang dibuat TJC dalam catatan mereka di laman media sosial Facebook, TikTok, Instagram dan X pada 20 Nov.
Aktivis Kokila Annamalai dan Rocky Howe turut disertakan sebagai terbabit dalam catatan di Instagram.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam kenyataannya pada Selasa berkata arahan pembetulan yang disasarkan dikeluarkan kepada TikTok berhubung catatan TJC di platform media sosial itu.
Menurut MHA, catatan mdia sosial itu mengandungi kenyataan palsu mengenai tiga banduan yang menjalani hukuman mati baru-baru ini.
Catatan itu mendakwa bahawa tiga banduan itu menjalani hukuman mati tanpa mengambil kira keadaannya yang kurang upaya dari segi fungsi intelek dan psikososial.
"Dalam permohonan selepas rayuan mereka kepada mahkamah, PACP (banduan yang menunggu hukuman mati) mendakwa bahawa mereka mengalami gangguan perkembangan otak, yang secara ketara menjejaskan tanggungjawab mental mereka atas perbuatan mereka berhubung dengan kesalahan itu," menurut artikel di laman web semakan faktapemerintah, Factually.

"Mahkamah mempertimbangkan bukti yang kemukakan, dan menolak dakwaan mereka."
TikTok dikehendaki oleh undang-undang untuk menyertakan notis pembetulan pada hantaran asal, dengan pautan kepada penjelasan pemerintah.
Sehingga 6.20 petang Selasa, semakan oleh Mediacorp mendapati bahawa TJC tidak meletakkan notis pembetulan pada catatan mereka.
BANDUAN DIBERI PROSES UNDANG-UNDANG SEWAJARNYA
Memberi butiran fakta berhubung kenyataan dibuat TJC, artikel Factually itu mengatakan bahawa banduan - Rosman Abdullah, Roslan Bakar dan Pausi Jefridin - telah diberikan proses undang-undang yang sewajarnya.
Hukuman ke atas mereka dikekalkan selepas mahkamah "menimbang sepenuhnya dan menolak dakwaan dan bukti mereka berhubung dengan apa yang mereka dakwa mengalami gangguan perkembangan otak".
"Pelaksanaan hukuman mati tiga banduan itu hanya dijadualkan selepas banduan kehabisan semua hak rayuan, serta proses pengampunan."
Artikel itu menyatakan bahawa TJC telah menarik perhatian bahawa bagaimana Rosman menunggu pelaksanaan hukuman mati selama 14 tahun. Pausi dan Roslan juga dijatuhkan hukuman mati untuk tempoh yang sama.
Bagaimanapun, ia menjelaskan bahawa tempoh itu jauh lebih lama berikutan permohonan undang-undang yang dikeluarkan oleh Rosman, Pausi dan Roslan.
Ia menambah bahawa Rosman adalah pemohon dan/atau pemohon bersama dalam sembilan prosiding undang-undang lain selepas rayuannya terhadap sabitan dan hukumannya ditolak pada April 2011.
Pausi dan Roslan masing-masing adalah pemohon dalam lapan dan 14 prosiding undang-undang lain, berikutan penolakan sabitan dan rayuan hukuman mereka pada Mac 2011.
TJC sebelum ini telah dikenakan dua perintah pembetulan POFMA, pada 8 Ogos dan 11 Ogos, kerana telah membuat kenyataan palsu yang sama mengenai banduan yang menjalani hukuman mati.
Pada 5 Okt, ia dikenakan satu lagi arahan pembetulan berhubung kenyataan palsu fakta mengenai proses undang-undang bagi banduan yang menunggu hukuman mati dan pelaksanaan hukuman mati bagi seorang banduan yang disabit kesalahan kerana mengedar dadah.
MHA juga mengeluarkan arahan POFMA kepada Meta pada awal November berhubung pengguna yang menyiarkan semula kenyataan palsu yang dibuat oleh TJC.

Sumber : CNA/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.