Skip to main content

Singapura

Arahan POFMA 'ganggu tumpuan', kata pengerusi SDP Paul Tambyah

Parti Demokratik Singapura (SDP) merancang untuk menumpukan perhatian kepada isu-isu yang penting bagi rakyat Singapura, bukannya "bertelingkah tentang siapa yang menandatangani surat pekeliling", kata pengerusi SDP Paul Tambyah pada Isnin (6 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Arahan POFMA 'ganggu tumpuan', kata pengerusi SDP Paul Tambyah

Dr Paul Tambyah bercakap kepada media di Bukit Panjang Ring Road pada 6 Jul (Gambar: Goh Chiew Tong)

Diterbitkan : 06 Jul 2020 01:33PM Dikemas Kini : 06 Jul 2020 01:42PM

SINGAPURA: Parti Demokratik Singapura (SDP) merancang untuk menumpukan perhatian kepada isu-isu yang penting bagi rakyat Singapura, bukannya "bertelingkah tentang siapa yang menandatangani surat pekeliling", kata pengerusi SDP Paul Tambyah pada Isnin (6 Jul).

"Ini jelas sekali mengganggu tumpuan kami."

Dr Tambyah berkata demikian sebagai merujuk kepada arahan pembetulan daripada Pejabat Akta Perlindungan Daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA), yang dikeluarkan terhadap empat pertubuhan - termasuk CNA pada Ahad (5 Jul).

Arahan itu berkaitan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Tambyah mengenai penularan COVID-19 di dormitori pekerja asing.

"Saya cuba memahaminya dan menjelaskannya kepada isteri saya. Beliau mengatakan bahawa lima agensi sudah dikenakan arahan serupa termasuk CNA, New Naratif, The Online Citizen, tetapi bukan SDP,” katanya.

"POFMA adalah undang-undang yang sangat pelik dan ia menjejas penerbitnya. Secara teori, kami tidak terlibat. "

Dr Tambyah menambah bahawa ini adalah "corak permainan" Parti Tindakan Rakyat (PAP).

"Mereka mengambil isu dan kemudian menggambarkan SDP seolah-olah kami memutarbelitkan atau menyebarkan pelbagai perkara yang tidak benar, tetapi tidak berasas sama sekali."

Ahli politik mapan SDP itu akan bertanding di SMC Bukit Panjang, di mana beliau berdepan dengan calon PAP, Liang Eng Hwa. Meskipun para penduduknya "agak mesra" dengannya, Dr Tambyah tetap berhati-hati.

"Anda tahu apa yang akan berlaku pada Hari Bertenang, PAP akan menakut-nakutkan mereka dan memberitahu mereka bahawa anda akan kehilangan pemerintah PAP," katanya.

"Atau mereka akan melemparkan beberapa dakwaan yang tidak munasabah, dengan tiada ruang untuk kami membalasnya."


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita