Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Arahan POFMA dikeluarkan terhadap Kirsten Han, M Ravi, The Online Citizen Asia berhubung hukuman mati pengedar dadah

Anggaran Waktu Membaca:
Arahan POFMA dikeluarkan terhadap Kirsten Han, M Ravi, The Online Citizen Asia berhubung hukuman mati pengedar dadah

Aktivis Kirsten Han, peguam M Ravi dan logo The Online Citizen. (Gambar: Mediacorp, TODAY, Facebook/The Online Citizen)

SINGAPURA: Arahan pembetulan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA) telah dikeluarkan terhadap beberapa pihak berhubung kenyataan palsu yang dibuat mengenai hukuman mati yang dijatuhkan ke atas pengedar dadah yang disabit kesalahan Tangaraju Suppiah.

Di bawah arahan POFMA, aktivis Kirsten Han, peguam M Ravi, Transformative Justice Collective (TJC), The Online Citizen Asia (TOCA) dan pengasas bersama TOC Andrew Loh dikehendaki menyertakan notis pembetulan pada penerbitan masing-masing.

Demikian menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam kenyataan medianya pada Jumaat (19 Mei).

Tangaraju, warga Singapura berusia 46 tahun, dihukum gantung pada 26 April setelah didapati bersalah kerana bersubahat untuk mengedar lebih 1 kilogram ganja.

Cik Han memuat naik hantaran di Twitter dan Facebook berhubung hukuman mati tersebut pada 19 April dan menerbitkan rencana di lamannya, We The Citizens, pada tarikh yang sama. Dia juga memuat naik satu lagi hantaran ke Facebook pada 22 April.

Encik Ravi pula menerbitkan dua catatan Facebook pada 20 April dan 27 April, manakala, TOCA menerbitkan catatan di Facebook, LinkedIn dan Twitter pada 28 April, serta rencana di laman webnya pada tarikh yang sama.

TJC memuat naik hantaran Facebook pada 23 April, sementara Loh pula memuat naik hantaran Facebook pada 24 April.

MHA menegaskan hantaran pada media sosial dan artikel tersebut mengandungi "kenyataan palsu" mengenai hukuman mati yang dijatuhkan ke atas Tangaraju, termasuk dinafikan jurubahasa semasa keterangannya dirakam dan seolah-olah Tangaraju kemudian didapati tidak bersalah.

Hantaran-hantaran dan rencana-rencana itu juga mendakwa seolah-olah Tangaraju tidak disediakan dengan jurubahasa atau diberikan akses kepada peguam sepanjang perbicaraannya.

"Dakwaan Tangaraju bahawa dakwaan bahawa dia meminta tetapi tidak dibenarkan untuk mendapatkan jurubahasa semasa keterangannya dirakam adalah tidak benar dan telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi," tekan MHA.

"Mahkamah Tinggi mendapati dakwaan terbuka ini, yang dibangkitkan buat pertama kali semasa pemeriksaan balas Tangaraju adalah tidak benar memandangkan Tangaraju sendiri mengakui bahawa dia tidak membuat permintaan sedemikian bagi mana-mana kenyataan lain yang kemudian direkodkan daripadanya.

"Tangaraju telah diberikan proses yang wajar sepenuhnya di bawah undang-undang. Dia diwakili oleh peguam bela dan mempunyai akses kepada jurubahasa sepanjang tempoh perbicaraannya."

Menurut MHA, kenyataan palsu itu termasuk bagaimana Tangaraju seolah-olah tidak dimaklumkan bahawa Hakim Mahkamah Rayuan Steven Chong adalah Peguam Negara semasa keputusan dibuat oleh Pejabat Peguam Negara berhubung kes tersebut.


MHA sedia maklum bahawa kelima-lima pihak tersebut terus membuat kenyataan palsu, meskipun terdapat penjelasan pemerintah dan dapatan mahkamah berhubung kes melibatkan Tangaraju.

Menurut kementerian tersebut, kenyataan palsu sedemikian boleh menjejas kepercayaan serta keyakinan awam terhadap pemerintah dan badan kehakiman.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan