Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Arahan POFMA dikeluarkan kepada Jolovan Wham bagi catatan salah tafsir kenyataan Menteri Shanmugam

Arahan pembetulan di bawah POFMA dikeluarkan kepada aktivis dan pekerja sosial Jolovan Wham atas catatan di media sosial yang dibuatnya tentang kenyataan Menteri Ehwal dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam baru-baru ini mengenai peraturan perundangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Arahan POFMA dikeluarkan kepada Jolovan Wham bagi catatan salah tafsir kenyataan Menteri Shanmugam

Jolovan Wham di Mahkamah Negara pada 15 Feb 2021. (Gambar fail: Raj Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 08 Oct 2021 08:54PM Dikemas Kini : 08 Oct 2021 08:56PM

SINGAPURA: Arahan pembetulan di bawah POFMA (Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online) dikeluarkan kepada aktivis dan pekerja sosial Jolovan Wham atas catatan di media sosial yang dibuatnya tentang kenyataan Menteri Ehwal dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam baru-baru ini mengenai peraturan perundangan.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Jumaat (8 Okt) menyatakan ia maklum tentang "kenyataan palsu" yang disebarkan online oleh Encik Wham yang "memberi gambaran salah" tentang apa yang disampaikan Encik Shanmugam di Parlimen pada 4 Oktober.

Menteri tersebut sudahpun mengarahkan Pejabat POFMA untuk mengeluarkan arahan pembetulan kepada Encik Wham atas catatan bertarikh 6 Oktober kerana ia "menyampaikan kenyataan palsu bahawa Menteri Ehwal Dalam Negeri berpandangan bahawa peraturan perundangan tidak diamalkan di mana-mana di dunia, termasuk di Singapura," menurut MHA.

Encik Wham akan dikehendaki mengeluarkan notis pembetulan di platform onlinenya, tambah kementerian itu.

"Menteri sudah berkali-kali mengesahkan di Parliment tentang pentingnya peraturan perundangan di Singapura dan komitmen kukuh dan berterusan pemerintah terhadap peraturan perundangan," tegas MHA.

Ia menambah: "Beliau berkata bahawa terdapat negara di dunia di mana peraturan perundangan merupakan satu konsep bagi peguam tetapi tidak diamalkan dalam kehidupan seharian dan masyarakatnya hidup dalam keadaan amat sengsara.

"Beliau menggunakan ini sebagai perbandingan untuk menunjukkan bagaimana peraturan perundangan digunakan di Singapura.

Pada 7 Oktober, MHA mengeluarkan surat kepada sembilan individu termasuk Encik Wham, yang memuat naik "catatan palsu" di Facebook yang "memberi gambaran palsu" tentang apa yang disampaikan Encik Shanmugam di Parlimen, menurut kementerian itu.

Kecuali Encik Wham, individu yang lain sudah meminta maaf atas apa yang mereka lakukan, membetulkan catatan yang dimuat naik atau melakukan kedua-duanya sekali, tambah MHA.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan