Arahan Pembetulan dikeluarkan terhadap New Naratif, Thum Ping Tjin berhubung video POFMA
Menteri Undang-Undang K Shanmugam mengeluarkan arahan pembetulan terhadap laman New Naratif dan ahli sejarah Thum Ping Tjin.
(Gambar: Saluran YouTube New Naratif)
SINGAPURA: Menteri Undang-Undang K Shanmugam mengeluarkan arahan pembetulan terhadap laman New Naratif dan ahli sejarah Thum Ping Tjin.
Ia berhubung video terbitannya yang mengandungi pelbagai dakwaan palsu berhubung Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA), menurut Pejabat POFMA pada Rabu (13 Mei).
Thum mendakwa di bawah akta itu, "setiap kenyataan boleh dianggap sebagai palsu".
Beliau juga mendakwa akta itu menyebabkan "semua kritikan mengenai pemerintah diharamkan".
Pemerintah menolak dakwaannya menerusi laman 'Factually' di Gov.sg.
Video itu masih boleh diakses oleh orang ramai bagi membolehkan para penonton membuat kesimpulan mereka sendiri.
Bagaimanapun, notis pembetulan mesti diletakkan pada video itu.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.