Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Arab Saudi hadiahkan kiswah kepada Singapura

Duta Arab Saudi ke Singapura menghadiahkan kiswah kepada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) bagi pihak Penjaga Dua Masjid, Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud, sebagai mengiktiraf khidmat MUIS kepada masyarakat Muslim di sini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Duta Arab Saudi ke Singapura menghadiahkan kiswah kepada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) bagi pihak Penjaga Dua Masjid, Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud, sebagai mengiktiraf khidmat MUIS kepada masyarakat Muslim di sini.

Demikian menurut MUIS dalam satu kenyataan media hari ini (29 Jul).

Kiswah itu disampaikan Duta Saudi Encik Saad Saleh Al Saleh kepada MUIS dalam satu pertemuan yang dihadiri Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli; Presiden MUIS Encik Mohammad Alami Musa dan Ketua Eksekutif MUIS Encik Esa Masood.

MUIS menyatakan hubungannya dengan Kedutaan Saudi di Singapura kukuh lagi erat dengan kedua-dua pihak bekerjasama rapat dalam pelbagai bidang termasuk pentadbiran Haji sebelum pandemik. Ini termasuk melicinkan proses pemerolehan visa bagi jemaah dari Singapura.

Dalam catatan Facebook pada Khamis (29 Jul), Encik Masagos berkongsi bahawa pemberian kain Kiswah kepada Singapura menandakan hubungan kukuh yang telah lama terjalin antara Singapura dengan Arab Saudi.

"Bagi pihak Singapura, terutamanya masyarakat Melayu/Islam, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Penguasa dan Pengamanah Dua Masjid Suci di Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud kerana menghadiahkan Kiswah kepada Singapura.

"Saya mengalu-alukan lebih banyak kerjasama yang dapat mengukuhkan lagi persahabatan erat antara Singapura dan Arab Saudi," kata Encik Masagos. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan