Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Arab Saudi buka semula kawasan mataf selepas kerja pembersihan

Pihak berkuasa Arab Saudi sudahpun membuka semula kawasan mataf, yang ditutup kepada semua jemaah sejak Khamis lalu (5 Mac) bagi mencegah penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pihak berkuasa Arab Saudi sudahpun membuka semula kawasan mataf, yang ditutup kepada semua jemaah sejak Khamis lalu (5 Mac) bagi mencegah penularan COVID-19.

Bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, para jemaah tidak dibenarkan berada dekat dengan Kaabah semasa bertawaf.

Mulai tengah malam tadi juga, pihak berkuasa Saudi menasihati warganya yang pernah ke Lubnan, Mesir, Itali dan Korea Selatan supaya menjalani kuarantin selama dua minggu.

Dua hari selepas langkah luar biasa menutup kawasan mataf kepada semua jemaah, pihak berkuasa Arab Saudi membukanya, mulai semalam (7 Mac).

Namun, mereka yang bertawaf terhalang daripada mendekati Kaabah kerana ada tembok-tembok sementara yang menjarakkan Kaabah daripada sentuhan para jemaah.

Larangan melakukan umrah untuk semua termasuk para penduduk Saudi, bagaimanapun, masih berkuat kuasa sejak mula diumumkan pada Khamis lalu.

Apa yang jelas, keadaan di dalam mahupun di luar Masjidil Haram kini terus lengang.

Selain menggantung ibadah umrah, pihak berkuasa Saudi turut menutup Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada waktu malam mulai sejam selepas solat Isyak hingga sejam sebelum waktu solat subuh.

Turut ditutup secara tetap sekarang adalah kawasan Raudhah dan makam Nabi Muhammad di Madinah, sejajar dengan larangan umrah yang dikuatkuasakan.

Langkah-langkah tersebut bertujuan memudahkan proses pembersihan menyeluruh dua masjid suci Islam ini.

Sekatan-sekatan untuk menghalang masuk sesiapa saja yang berpakaian ihram juga masih diteruskan.

Pada Sabtu juga, pihak berkuasa Saudi mengekang kemasukan ke negara itu menerusi jalan darat.

Ini termasuk laluan dari Amiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait dan Bahrain.

Orang ramai juga dilarang menghadiri acara-acara sukan di Saudi, mulai Sabtu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan