Skip to main content

Singapura

APSN Chaoyang, Tanglin kongsi kampus baharu di Ang Mo Kio mulai 2026

Anggaran Waktu Membaca:
APSN Chaoyang, Tanglin kongsi kampus baharu di Ang Mo Kio mulai 2026

Gambar: Lee Hsien Loong/Facebook

SINGAPURA: Menjelang tahun 2026, sebuah kampus baharu yang menempatkan dua sekolah pendidikan khas di Ang Mo Kio dijangka mula dibuka.

Kampus bersama bernilai S$92 juta itu adalah bagi para pelajar berkeperluan khas daripada sekolah agensi khidmat sosial APSN Chaoyang dan Tanglin.

Acara pecah tanah pembinaan kampus tersebut yang diadakan pada Selasa (27 Feb), dihadiri Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Kampus baharu itu akan menawarkan tempat untuk 400 pelajar peringkat rendah dan 350 pelajar peringkat menengah.

Menurut APSN, kampus bersama itu akan memudahkan peralihan yang lancar dari pendidikan sekolah rendah ke sekolah menengah.

Kelas di kampus baharu tersebut dijangka diadakan mulai Januari 2026, tepat bersempena ulang tahun ke-50 APSN.

Ia akan dilengkapi dengan kemudahan pendidikan kejuruan seperti hortikultur, F&B dan runcit.

"Kita akan ada pasar raya mini lengkap dengan mesin wang dan sebagainya. Kita ada dapur, mirip dengan dapur industri walaupun bukan sebuah dapur industri, dan kita juga ada replika kemudahan penginapan hotel," jelas Phua Huat Chan, Pengetua, Sekolah APSN Tanglin.
Sumber : CNA/SM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita