Apple labur AS$250 juta perluas kampus SG di Ang Mo Kio
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Gergasi teknologi Apple akan memperluaskan kemudahannya di Singapura.
Syarikat itu akan melabur AS$250 juta (S$340 juta) untuk mmeluaskan kampusnya di Ang Mo Kio yang ditubuhkan lebih 40 tahun lalu.
Apple merancang untuk menaik taraf dua bangunan bersebelahan bangunan asalnya di Ang Mo Kio, lewat tahun ini.
Langkah itu sekali gus akan menyediakan "tiga ruang unik" untuk memupuk kerjasama yang lebih besar bagi pasukan Apple yang semakin berkembang", menurut syarikat tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu (17 Apr).
Kerja-kerja binaan dijadual bermula tahun ini.
Peluasan itu akan membantu meningkatkan lagi keupayaan Apple dalam Kecerdasan Buatan (AI) dan alat-alat teknologi, serta mencipta pekerjaan baharu dalam bidang berkaitan dan bidang-bidang penting yang lain.
Singapura berfungsi sebagai pusat operasi utama bagi Apple di rantau ini dan merupakan hab bagi peranan penting dalam sofwe, perkakasan, perkhidmatan dan sokongan.
Apple membuka kemudahan pertamanya di Singapura pada 1981, dengan seramai 72 pekerja. Sejak itu, ia terus berkembang dan kini mempunyai lebih 3,600 pekerja.
Menurut Apple, ia menyokong lebih 60,000 pekerjaan melalui pekerjaan langsung, rantaian bekalannya dan ekonomi aplikasi iOS.
Terdapat tiga cawangan Apple di Singapura - Orchard Road, Jewel Changi Airport dan Marina Bay Sands.
Syarikat tersebut juga telah menaik taraf kemudahan dan makmalnya sejak 10 tahun lalu, termasuk mengembangkan ruang di pusat teknologi perkakasannya sebanyak 50 peratus sejak 2019.
Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook berkata: "Singapura adalah sebuah tempat yang unik, dan kami bangga dengan hubungan yang telah kami bina dengan komuniti pencipta, pelajar dan bakat kreatif yang dinamik ini."
“Dengan kampus kami yang semakin berkembang, Apple sedang menulis lembaran baharu dalam sejarah kami di sini. Pasukan Singapura kami telah memainkan peranan penting dalam memperkayakan kehidupan pelanggan kami - dan kami tidak sabar menunggu lebih banyak inovasi dalam dekad-dekad akan datang."

Sumber : CNA/AY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.