Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

App 'Zipster' sepadukan pelbagai wadah pengangkutan dilancarkan hari ini

Sebuah aplikasi yang menyepadukan pelbagai wadah pengangkutan dilancarkan hari ini (16 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Sep 2019 07:55PM Dikemas Kini : 16 Sep 2019 11:26PM

SINGAPURA: Sebuah aplikasi yang menyepadukan pelbagai wadah pengangkutan dilancarkan hari ini (16 Sep).

Dengan App 'Zipster' itu penguna boleh memilih, merancang dan melakukan pembayaran bagi pengangkutan yang mereka pilih.

Semasa melancarkan app itu, Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan merangkap Pendidikan Chee Hong Tat berkata perjalanan yang lancar adalah fasa seterusnya dalam dunia pengangkutan.

Lantaran itu, app Zipster yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam, teksi, perkongsian kereta dan basikal boleh memberikan pengalaman yang tertumpu kepada pengguna.

Ini adalah platform pertama di sini yang menggabungkan khidmat pengangkutan awam dan swasta dan akan menggunakan sistem pemadanan.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan