Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

App Price Kaki bakal dilancar; bantu pengguna banding harga barang dapur, makanan pusat penjaja

Satu aplikasi penyumberan awam yang membolehkan para pengguna untuk membuat perbandingan harga runcity bagi barang dapur dan makanan pusat penjaja akan dilancarkan di merata Singapura dalam tempoh beberapa bulan mendatang.

Anggaran Waktu Membaca:
App Price Kaki bakal dilancar; bantu pengguna banding harga barang dapur, makanan pusat penjaja

(Gambar: Aqil Haziq Mahmud)

Diterbitkan : 03 Mar 2020 03:03PM Dikemas Kini : 03 Mar 2020 03:07PM

SINGAPURA: Satu aplikasi penyumberan awam yang membolehkan para pengguna untuk membuat perbandingan harga runcit bagi barang dapur dan makanan pusat penjaja akan dilancarkan di merata Singapura" dalam tempoh beberapa bulan mendatang," menurut Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Luar merangkap Perdagangan dan Perusahaan Dr Tan Wu Meng pada Selasa (3 Mac).

Aplikasi itu, yang dinamakan Price Kaki, membolehkan para pengguna untuk berkongsi maklumat tentang harga barangan atau hidangan, sambil membandingkan dan memantau naik turun harga.

Satu percubaan melibatkan 31 pasar raya dan 11 pusat penjaja di Tampines, Toa Payoh dan Jurong West dirintis oleh Persatuan Pengguna Singapura (CASE) pada September tahun lalu.

Sejak itu, aplikasi tersebut sudah mempunyai hampir 15,000 pengguna berdaftar, dengan lebih 550,000 entri diperolehi, menurut Dr Tan di Parlimen.

"Price Kaki membantu orang yang tidak dapat meluangkan masa, yang tidak begitu arif tentang harga pasaran, para pembeli yang kurang berpengalaman. Ia adalah aplikasi untuk semua orang terutamanya mereka yang tidak berkemampuan," katanya di Parlimen.

Bercakap semasa Dewan membahaskan peruntukan bagi kementeriannya di Parlimen hari ini, Dr Tan turut mengumumkan bahawa CASE akan melancarkan Panel Pemerkasaan Pengguna untuk meneliti isu-isu kos sara hidup.

Sumber : CNA/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa