Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

App OneService ubah cara tutup kes, sebar notis kerja ubah elok flat

Pejabat Perkhidmatan Perbandaran (MSO) sudah menukar cara ia melabel kes-kes yang sudah terurai pada aplikasi OneService untuk memberikan gambaran lebih tepat tentang status maklum balas orang awam.

Anggaran Waktu Membaca:
App OneService ubah cara tutup kes, sebar notis kerja ubah elok flat

(Gambar: Facebook/One Service Community)

Diterbitkan : 20 Jul 2021 11:20AM Dikemas Kini : 20 Jul 2021 11:22AM

SINGAPURA: Pejabat Perkhidmatan Perbandaran (MSO) sudah menukar cara ia melabel kes-kes yang sudah terurai pada aplikasi OneService untuk memberikan gambaran lebih tepat tentang status maklum balas orang awam.

Ia adalah antara beberapa naik taraf yang dilaksanakan pada aplikasi itu, sebuah "platform sehenti" masyarakat di mana para pengguna boleh memberikan maklum balas tentang isu-isu kejiranan dari kebersihan hingga ke penyenggaraan prasarana.

Peningkatan-peningkatan lain termasuk inisiatif 'Municipal 360' (M360) di mana kes-kes hanya disifatkan sebagai sudah terhurai sebaik saja ia diselesaikan, dengan bukti gambar yang menunjukkan kerja-kerja sudah selesai dijalankan.

Aplikasi itu juga akan dilengkapi dengan notis ubah elok rumah di bahagian "Terkini" atau 'Happenings'. Para penghuni flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) boleh memeriksa aplikasi itu bagi sebarang kerja-kerja ubah elok flat HDB yang akan dijalankan di blok mereka. Ia akan dilancarkan secara bertahap-tahap mulai hujung Jun.

Ini di samping khidmat sembang robot OneService yang dilancarkan pada Julai di mana para penduduk boleh melaporkan sebarang isu di kawasan kejiranan mereka menerusi khidmat sembang WhatsApp dan Telegram.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan