Skip to main content

Singapura

App BERITA baru disambut baik oleh para penonton

Aplikasi BERITA yang baru mendapat sambutan baik oleh para penonton kami. Antara maklum balas yang diterima - ia mudah untuk digunakan dan menyajikan berita terkini. Apps BERITA itu dilancarkan malam semalam dan boleh dimuat turun secara percuma dari Apple Store dan Google Play.  

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 May 2015 07:42PM Dikemas Kini : 02 May 2015 01:56AM

SINGAPURA:  Aplikasi BERITA yang terbaru keluaran MediaCorp, mendapat sambutan baik oleh para penonton kami.

Antara maklum balas yang diterima ialah - ia mudah untuk digunakan dan menyajikan berita terkini. Apps BERITA itu dilancarkan malam semalam.

Dengan apps BERITA, anda boleh mendapatkan perkembangan berita tempatan dan luar negara dalam bahasa Melayu.

Apps BERITA juga membawakan laporan berkaitan masyarakat Melayu/Islam dalam bentuk video lengkap, sebagaimana di televisyen.

Seorang pengguna, Noorhana Abdul Rahman berkata: "Aplikasi ini agak bagus jadi kita boleh dapat berita yang terkini. Dan seandainya kalau seperti ada suatu berita yang kita terlepas, kita boleh meninjau atau memantau melalui aplikasi ini."

Seorang lagi pengguna, Farhani Alias pula berkata: "Ia mudah untuk digunakan dan berita sungguh tersusun rapi dalam pelbagai bahagian - ada ehwal semasa, ada hiburan, semua ada bahagian berbeza. Jadi kalau saya berminat dalam hiburan, saya boleh terus ke hiburan. Dan lelaman utama sentiasa berita terkini jadi itulah berita utama."

Apps ini turut menampilkan segmen BERITA EKSTRA di mana anda boleh menonton klip ucapan penuh oleh tokoh-tokoh atau selebriti, yang tidak dapat dimuatkan dalam buletin biasa.

Anda juga boleh menonton lebih 50 episod rancangan ehwal semasa yang diterbitkan oleh MediaCorp, antaranya ASET SERANTAU, BICARA dan DIGIT.

Seorang pengguna, Shariffah Faizah Syed Ibrahim berkata: "Bagus kerana saya rasa semua program ehwal semasa seperti Detik, saya boleh tonton di aplikasi ini kerana selalunya kita tonton di Toggle, jadi sekarang saya rasa semuanya dalam aplikasi ini."

Apps BERITA terutamanya dialu-alukan oleh mereka yang bekerja tidak tentu masa.

Seorang pengguna, Nurdiana Salim pula berkata: "Kita kerja, balik lambat, kemudian bila balik rumah, tak sempat pukul 8. Kini dah senang, lepas pukul 8, tak perlu tunggu pukul 11 untuk siaran ulangan. Selepas pukul 8, 9, saya dah boleh buka aplikasi, dah boleh tengok.

Seorang lagi pengguna, Mohd Alias Yusop berkata: "Aplikasi baru ini bagus untuk pengguna seperti saya. Saya pemandu teksi, kadang kala kita nak tahu berita, nak kelam kabut balik rumah, susah. Ini yang paling bagus, tak perlu saya nak tengok surat khabar besok."

Satu ciri menarik dalam apps ini - anda boleh mendapatkan berita terkini sambil mendengar siaran dari stesen radio MediaCorp iaitu Warna dan Ria.

Ini sekaligus bermakna dengan apps BERITA, laporan dari TV dan radio ada di hujung jari anda pada bila-bila masa!

Anda boleh mendapatkan aplikasi ini secara percuma dengan hanya menaip "BERITA MediaCorp" di Apple Store dan Google Play.

Sumber : BERITA Mediacorp/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita