Aplikasi WellFeet bantu pesakit kencing manis daripada hilang kaki
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menjelang lewat tahun ini, para pesakit kencing manis boleh memanfaatkan aplikasi WellFeet, yang bertujuan membantu mereka daripada kehilangan kaki akibat penyakit itu.
Aplikasi WellFeet membantu pesakit memantau pengambilan ubat, gaya hidup dan diet mereka.
Ia juga menawarkan tips dan peringatan, serta chatbot bagi pesakit untuk mengenal pasti gejala atau tanda penyakit.
Tujuan aplikasi tersebut adalah untuk mencegah ulser kaki kencing manis, yang berlaku bagi sepertiga pesakit yang menghidapi penyakit itu.
Ulser sedemikian boleh menyebabkan anggota badan dipotong.
Aplikasi tersebut, yang dibangunkan oleh Universiti Teknologi Nanyang (NTU), akan diterbitkan dalam empat bahasa utama tempatan.
"Terdapat jumlah pesakit yang semakin tua dan disebabkan itu, mereka harus menghadiri temu janji perubatan. Dan penjaga mereka harus meluangkan masa untuk menghadiri temu janji tersebut," kata Dr Liew Huiling, seorang ahli endokrinologi di Hospital Tan Tock Seng.
"Jadi, aplikasi tersebut membenarkan mereka untuk mengakses dan menyemak maklumat, serta memberikan mereka peringatan berkaitan kesihatan dari masa ke semasa. Ia sebenarnya mengukuhkan proses pembelajaran dan menyebabkan perubahan pada tingkah laku mereka," tambahnya.

Sumber : CNA/IQ/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.