Aplikasi ubah elok kian popular dalam kalangan pemilik rumah bagi tangani lonjakan kos
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Aplikasi ubah elok kini semakin popular selepas tiga tahun bergelut untuk menembusi pasaran.
Para pemilik rumah menggunakan aplikasi demikian bagi mengurangkan kos yang melonjak sekitar 20 peratus.
Memandangkan biaya bahan dan tenaga kerja semakin naik, kos kerja-kerja ubah elok dijangka terus meningkat tahun ini.
Bagi pasangan pengantin baharu ini, misalnya, menjimatkan wang adalah faktor terpenting dalam mengubah elok flat BTO 4-bilik mereka.
Apabila tiga syarikat pereka dalaman ingin kenakan biaya sehingga $80,000, mereka putuskan untuk melakukannya sendiri menerusi satu aplikasi ubah elok rumah.
Berkongsi mengenai pengalamannya memanfaatkan aplikasi ubah elok rumah itu, Cik Shermaine Sng, pemilik rumah itu berkata: "Kami lakarkan flat kami dan aplikasi ini berikan harga kos berdasarkan lakaran itu dan semua dilakukan sendiri. Kami hanya duduk selesa di rumah, buat tambahan atau kurangkan. Pengalaman saya sekitar lima hingga enam bulan, saya belanjakan sekitar $35,000."
Sementara itu, aplikasi Homeez menyatakan, sekitar 200 pengguna baharu memanfaatkan khidmatnya setiap minggu.
Pemilik rumah boleh pilih pelan lantai yang tertera, tetapkan corak jubin dan cat, lalu hubungi pihak pembekal atau lantik seorang pengurus projek.
Pada setiap langkah, mereka akan dimaklumkan tentang kos yang perlu dibayar.
Namun, ini tidak bermakna peranan para pereka hias dalaman akan menjadi kurang relevan pada masa mendatang.
Ini kerana menurut sebuah persatuan yang mengawal selia industri ubah elok, ramai pemilik rumah lebih suka projek sedemikian dikelolakan oleh seseorang.
Lagipun, para pereka boleh menasihati pelanggan mereka tentang trend-trend terkini serta bahan yang diperlukan.
Pengalaman yang mereka miliki juga penting, terutama jika timbul masalah.

Sumber : CNA/NY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.