Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aplikasi, talian tempahan teksi ComfortDelGro terganggu dek 'permintaan melonjak'

Anggaran Waktu Membaca:
Aplikasi, talian tempahan teksi ComfortDelGro terganggu dek 'permintaan melonjak'

Gambar: Cik Saviour

Diterbitkan : 07 May 2022 06:40PM Dikemas Kini : 07 May 2022 06:41PM

SINGAPURA: Pelanggan dan pemandu ComfortDelGro tidak dapat mengakses aplikasi telefon bimbit syarikat itu mahupun menghubungi khidmat tempahan teksi hari ini (7 Mei) disebabkan masalah teknikal.

"Aplikasi dan khidmat panggilan kami bagi membuat tempahan teksi sedang mengalami masalah teknikal disebabkan permintaan melonjak," menurut ComfortDelGro menerusi catatan Facebook mereka pada pukul 4.20 petang tadi.

"Kami meminta maaf atas kesulitan yang berlaku dan sedang berusaha untuk memperbaiki masalah tersebut."

Seorang pelanggan memberitahu Mediacorp, beliau menghadapi masalah dengan aplikasi itu sekitar pukul 1.15 petang. Beliau terpaksa menahan teksi untuk menuju ke Hougang dari Katong kerana tidak berjaya menempah teksi.

"Kami langsung tidak dapat menempah teksi, lantas kami bergantung kepada cara menahan teksi di tepi jalan," kata pelanggan tersebut, yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Saviour. "Malah aplikasi itu tidak dapat mengenal pasti lokasi saya pada mulanya."

Cik Saviour menambah bahawa beliau sudah memadam dan memuat naik semula aplikasi itu namun ia masih menunjukkan mesej ralat yang menyatakan bahawa terdapat masalah dengan server.

Talian hotline tempahan juga terjejas apabila Mediacorp cuba membuat panggilanda sekitar pukul 4.30 petang.

ComfortDelGro, pengendali terbesar teksi Singapura, baru-baru ini melancarkan semula aplikasi telefon bimbit mereka di bawah nama baru, CDG Zig.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan