Skip to main content

Singapura

Aplikasi ScamShield sekat mesej, panggilan berkaitan penipuan dimuat turun 120,000 pengguna

Satu aplikasi yang bertujuan menyekat kiriman teks atau panggilan telefon berkaitan penipuan sudah dimuat turun hampir 120,000 orang sejak ia dilancarkan pada November lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 May 2021 05:11PM Dikemas Kini : 29 May 2021 10:37PM

SINGAPURA: Satu aplikasi yang bertujuan menyekat kiriman teks atau panggilan telefon berkaitan penipuan sudah dimuat turun hampir 120,000 orang sejak ia dilancarkan pada November lalu.

ScamShield memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk mengenal pasti dan menapis pesanan teks yang berunsur penipuan.

Aplikasi itu juga berupaya menyekat pesanan teks dan panggilan telefon dari nombor-nombor telefon yang sudah dilaporkan oleh si pengguna.

Sejauh ini, sekitar 720,000 kiriman mesej berkaitan penipuan sudahpun dilaporkan. Sebanyak 5,500 nombor telefon yang dicurigai juga telah disekat.

Pada tahun lalu, para mangsa di Singapura dilaporkan kehilangan lebih S$60 juta akibat kes-kes penipuan. Ia termasuk penipuan memancang data, pinjaman dan penyamaran sebagai pegawai China.

"Pusat Anti-Penipuan mengkaji, cuba memahami dan mengambil tindakan pencegahan terhadap maklumat yang diterima daripada ScamShield. Maklumat itu memboleh Pusat Anti-Penopuan mengesan trend penipuan yang muncul dan memberi nasihat tepat pada masanya untuk memberi amaran kepada orang ramai tentang trend penipuan terkini dengan segera." 

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita