Aplikasi permainan tentang perladangan muncul juara pertandingan celik kewangan Temasek-Financial Times
Semasa di sekolah menengah, Cik Ng Xin Mei, 24, terkapai-kapai untuk menguruskan kewangan peribadinya.
(Gambar: CNA)
This audio is generated by an AI tool.
"Terdapat beberapa bengkel celik kewangan, tetapi ia hanya untuk beberapa jam dan saya tidak rasa ia sangat terperinci," jelasnya, sambil menambah bahawa beliau berharap terdapat lebih banyak bengkel yang lebih mendalam di mana beliau boleh membincangkan topik itu dengan rakan sebayanya.
Pada Sabtu (19 Okt), mahasiswa tahun kedua dalam jurusan perakaunan dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) itu adalah sebahagian daripada pasukan juara dalam Cabaran Temasek-Financial Times, dengan setiap anggota dalam pasukan lima ahli membawa pulang S$5,000.
Pertandingan itu melibatkan penduduk Singapura berusia 17 hingga 24 tahun, dan dianjurkan sebagai sebahagian daripada kegiatan bagi menandakan ulang tahun ke-50 Temasek Holdings.
Ia bertujuan membantu pelajar posmenengah dan karyawan kerjaya awal memahami dan menangani isu kewangan yang dihadapi dewasa muda sedang mereka memasuki alam pekerjaan.
Selepas menjawab beberapa modul dan kuiz online, 75 finalis dipilih bagi peringkat akhir di ibu pejabat Temasek Holdings di Orchard Road.
Mereka dibahagikan kepada 15 pasukan, yang mana mereka perlu menghuraikan masalah dunia nyata, menghasilkan kempen celik kewangan yang disasarkan kepada pelajar sekolah menengah.
Ini juga selaras dengan komitmen Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan pendidikan celik kewangan di sekolah, menyepadukannya ke dalam kurikulum Pendidikan Perwatakan dan Kerakyatan (CCE) serta Pendidikan Makanan dan Pengguna.
Lima pasukan terbaik kemudian dipilih untuk membentangkan cadangan mereka kepada panel lima pengadil.
HURAIKAN CABARAN DUNIA NYATA
Cadangan yang berjaya menawan hati pengadil oleh pasukan Cik Ng adalah aplikasi celik kewangan dipanggil SavvySprouts, yang mengajak pengguna untuk log masuk setiap hari, mengikuti sebuah watak sedang ia membuat pilihan kewangannya.
Ia menjadikan pembelajaran konsep pelaburan, menerusi naratif pelandangan, dalam bentuk permainan.
Aplikasi itu melibatkan penggunaan mata wang dalam permainan, yang mana pengguna boleh membeli biji bagi tumbuhan berbeza seperti pokok epal, kata beliau.
Pelannya adalah untuk mengajak pelajar sekolah menengah memuat naik aplikasi apabila mereka memasuki Menengah 1, dan terus menggunakannya sepanjang alam sekolah menengah sehingga mereka tamat sekolah dan mungkin melangkaui itu, kata rakan sepasukannya, Han Mingwei, 22 tahun.
Cik Ng berkata beliau berharap aplikasi yang dicadangkan pasukannya boleh menjadi realiti satu hari nanti.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.