Aplikasi Moments of Life diperluas meliputi 'detik penting kehidupan' lain
Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing berkata sektor awam perlu mengubah cara pemikiran dan mengambil pendekatan yang segar apabila bekerjasama dengan sektor swasta.
Gambar hiasan. (Gambar: Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing berkata
sektor awam perlu mengubah cara pemikiran dan mengambil pendekatan yang segar apabila bekerjasama dengan sektor swasta.
Encik Chan menambah para pegawai sektor awam perlu mendalami kemahiran mereka bagi meningkatkan keyakinan.
Aplikasi Moments of Life bagi keluarga adalah contoh bagaimana Perkhidmatan Awam sedang mencari cara baru untuk memenuhi keperluan rakyat Singapura.
Aplikasi tersebut membolehkan ibu bapa mendaftar kelahiran anak mereka dan mendapatkan Bonus Bayi.
Encik Chan berkata lebih banyak projek sedemikian sudah dimulakan, semuanya bertujuan menyesuaikan perkhidmatan mengikut detik-detik penting dalam kehidupan seseorang.
Bagi memastikan rakyat Singapura dilayan dengan baik, Perkhidmatan Awam berharap semua pegawainya celik digital menerusi aplikasi telefon bijak LEARN.
Pemerintah juga akan memastikan terdapat lebih kepelbagaian dalam kemahiran melebihi kelayakan akademik.
Namun Encik Chan berkata Perkhidmatan Awam tidak seharusnya dihalang daripada mencuba perkara baru.
Anggota Parlimen pembangkang Sylvia Lim inginkan penjelasan tentang proses pelantikan Auditor Negara yang baru Cik Goh Soon Poh.
Encik Chan berkata Auditor Negara dilantik oleh Presiden, atas nasihat Perdana Menteri.
Ia juga berdasarkan konsultasi dengan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Majlis Penasihat Presiden.
Menurutnya lagi, Cik Goh sudah berkhidmat lebih 30 tahun dalam sektor awam dengan cemerlang dan berwibawa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.