Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aplikasi LIFE dilancarkan, tingkatkan penyertaan golongan kurang upaya dalam sukan

Golongan kurang upaya (PwD) kini boleh lebih melibatkan diri dalam sukan menerusi aplikasi LIFE.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Jul 2021 09:30PM Dikemas Kini : 08 Jul 2021 09:41PM

SINGAPURA: Golongan kurang upaya (PwD) kini boleh lebih melibatkan diri dalam sukan menerusi aplikasi LIFE.

Aplikasi itu memadankan golongan PwD yang berminat, dengan sukan yang sesuai dengan keupayaan mereka.

Ia sebahagian daripada inisiatif Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSC) untuk meningkatkan penyertaan golongan tersebut di dalam sukan.

Buat masa sekarang, hanya 50 peratus PwD melibatkan diri dalam sukan.

Setakat ini, aplikasi itu menawarkan 20 jenis sukan seperti bola sepak, memanah dan berenang.

Menerusi wadah itu, SDSC berharap untuk mewujudkan sebuah masyarakat di mana golongan PwD boleh berkumpul dan bergaul.

Bagi para atlit kurang upaya, aplikasi itu dapat membantu persediaan mereka untuk bertanding, dengan menjejak prestasi mereka.

Orang ramai juga boleh mendaftar sebagai sukarelawan untuk acara-acara sukan bagi golongan PwD menggunakan aplikasi itu.

Sumber : CNA/AY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan