Aplikasi Grab papar harga melambung tinggi akibat 'isu sistem sementara'
Anggaran Waktu Membaca:

Grab mengalami "isu sistem sementara" yang memaparkan harga melambung tinggi. (Gambar: Reddit)
SINGAPURA: Platform khidmat kereta sewa privet Grab menyalahkan "isu sistem sementara" atas paparan tambang yang "luar biasa tinggi" dalam aplikasinya pada Rabu (20 Ogos), termasuk sesetengah tambang yang melebihi S$1,000.
Para pengguna di Singapura dan Malaysia melaporkan tambang yang sangat tinggi muncul dalam aplikasi Grab mereka. Tidak jelas sama ada terdapat penumpang yang benar-benar dikenakan bayaran pada kadar tersebut.
Masalah teknikal ini dilaporkan oleh beberapa pengguna sekitar tengah hari, namun tidak dapat dipastikan berapa lama ia berlarutan.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, jurucakap Grab memaklumkan bahawa isu berkenaan sudahpun dihuraikan.
“Kami mengalami isu sistem sementara yang menyebabkan harga yang luar biasa tinggi dipaparkan secara salah dalam aplikasi kami,” kata jurucakap Grab.
“Ia kini telah dihuraikan dan aplikasi berfungsi seperti biasa. Kami amat kesal atas kesulitan yang berlaku.”

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.