Skip to main content

Singapura

Aplikasi digital dilancarkan untuk penonton nikmati pengalaman unik NDP

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Jul 2023 08:15PM Dikemas Kini : 07 Jul 2023 11:48PM
SINGAPURA: Penonton Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini boleh memuat turun satu aplikasi baru untuk menikmati pengalaman NDP yang unik.

Aplikasi itu menampilkan beberapa ciri menarik seperti Realiti Tambahan (AR) dan penonton boleh menyusuri sejarah perbarisan itu.

Pek Permainan Digital tersebut boleh memaparkan penggunanya menggayakan pakaian seragam tentera dan mengambil gambar dengan maskot-maskot NDP.

Selain itu, anda juga boleh mempelajari sejarah perbarisan NDP yang diadakan di pelbagai lokasi merata Singapura.

Buat penonton di rumah, pastikan anda memanfaatkan aplikasi itu semasa aksi payung terjun Red Lions.

Anda boleh menyaksikan pemandangan 360 darjah mulai saat mereka membuat terjunan itu.

Anda juga boleh menggunakan ciri AR aplikasi itu untuk melihat rumah anda dinyalakan bunga api.

Aplikasi tersebut boleh dimuat turun menerusi telefon bijak Apple dan Android.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita