Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aplikasi CARA bantu temukan pesakit demensia yang hilang daripada jagaan penjaga

Anda kini boleh membantu menemukan semula para pesakit demensia yang hilang daripada jagaan penjaga mereka melalui satu aplikasi mudah alih yang baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Nov 2021 08:27PM Dikemas Kini : 23 Nov 2021 10:21PM

SINGAPURA: Anda kini boleh membantu menemukan semula para pesakit demensia yang hilang daripada jagaan penjaga mereka melalui satu aplikasi mudah alih yang baru.

Aplikasi yang diberi nama CARA atau 'Masyarakat, Jaminan, Ganjaran dan Penerimaan' mengandungi maklumat penting yang menghubungkan para pesakit demensia dengan pengasuh mereka.

Aplikasi yang dihasilkan oleh persatuan Dementia Singapore itu membolehkan orang awam menghubungi pengasuh pesakit demensia yang hilang.

Caranya mudah - anda hanya perlu mengimbas kod QR pada kad keanggotaan CARA milik pesakit.

Aplikasi itu juga membolehkan para anggotanya untuk mengakses sumber yang disediakan di wadah DementiaHub.sg.

Khidmat tersebut adalah yang pertama seumpamanya di Singapura.

Para pesakit demensia dan pengasuh mereka layak untuk menjadi anggota penuh.

Orang awam juga boleh menyertai program tersebut.

Sekitar 1,000 orang sudahpun mendaftar diri bagi aplikasi itu sejak April lalu.

Dementia Singapore juga merancang untuk memperluaskan fungsinya dan bahasa yang digunakan dalam aplikasi tersebut. 

Sumber : CNA/AI/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan