Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aplikasi baru tawar 'pekerjaan mikro' bagi penduduk Marsiling

Sebuah aplikasi dilancarkan bagi membantu penduduk di Marsiling mendapatkan "pekerjaan mikro".

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Sep 2020 08:19PM Dikemas Kini : 12 Sep 2020 09:51PM

SINGAPURA: Sebuah aplikasi dilancarkan bagi membantu penduduk di Marsiling mendapatkan "pekerjaan mikro".

Ia adalah sebahagian daripada satu inisiatif baru untuk mewujudkan peluang pekerjaan di kalangan penduduk estet perumahan itu.

App tersebut membolehkan penduduk mengiklankan tugasan yang diperlukan seperti membantu membelikan barangan pasar dengan upah yang kecil.

Peruncit juga boleh memanfaatkan platform berkenaan untuk mendapatkan sumber tenaga daripada penduduk kerja bagi tugasan kecil.

Inisiatif itu adalah sebahagian daripada sokongan tambahan sumber pekerjaan bagi penduduk di Marsiling.

Kumpulan yang menerajui inisiatif tersebut, Marsiling Careers, menyatakan lebih banyak kegiatan seperti pesta pekerjaan online dan perbincangan kerjaya akan diadakan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

"Saya rasa sukarelawan kita memahami akan keadaan demografik dan juga mempunyai rangkaian dalam estet ini. Jadi memang penting yang mana kita juga selain daripada inisiatif pemerintah tetapi untuk ia menjadi relevan bagi masyarakat di sini, kita harus membawa sukarelawan yang memahami akan keadaan dan bagaimana mereka mahu membawa penduduk untuk memahami ini, memberi komunikasi kepada penduduk tempatan juga," kata Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan