Aplikasi baharu beri bacaan lebih tepat bagi penyakit kuning tanpa perlu bawa bayi ke klinik
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mendapatkan bacaan lebih tepat mengenai paras penyakit kuning bagi bayi yang baru lahir tanpa perlu keluar rumah.
Ini mungkin tercapai menerusi sebuah aplikasi yang sedang dikembangkan, khusus buat warna kulit bayi Asia.
Hasil ujian awal yang dijalankan bagi fasa perintis amat menjanjikan.
Hampir 550 bayi menjalani saringan menerusi aplikasi itu. Hasilnya kemudian dibandingkan dengan ujian darah.
Menurut para pengembang aplikasi tersebut, kesemua kes penyakit kuning yang ketara berjaya dikesan.
Penyakit kuning atau jaundis menjejas tiga daripada lima bayi yang baru lahir, dan lebih daripada empat dalam lima bayi pramatang.
Pengesanan awal amat penting bagi pengembangan otak dan pembangunan bayi.
Namun, selain kos, pemeriksaan untuk penyakit kuning mengambil masa dan tenaga.
Bayi yang baru lahir lazimnya perlu dibawa ke klinik atau hopital sekitar lima kali dalam tempoh tiga minggu pertama untuk tujuan pemeriksaan.
Sesi pemeriksaan sedemikian juga boleh mendedahkan bayi kepada penyakit yang tersebar melalui udara.
Lantas, satu aplikasi baharu sedang dicipta oleh Poliklinik SingHealth, Hospital Besar Singapura, dan agensi teknologi kesihatan Synapxe.
Tidak seperti jenis alat sedia ada, selain titik rujukan di dahi, aplikasi terbaru ini turut memeriksa dada dan perut bayi.
Ini selaras dengan corak penyebaran jaundis dari atas ke bawah.
Aplikasi ini juga ditumpukan untuk mengesan penyakit kuning bagi pelbagai warna kulit yang terdapat di Singapura.
Dalam masa setahun setengah, aplikasi ini akan digunakan untuk memeriksa sekitar 2,000 bayi, termasuk di luar persekitaran klinikal.
Projek perintis ini bakal melibatkan hospital kanak-kanak dan poliklinik.
Konsultan kanan Jabatan Neonatal dan Perubatan Perkembangan SGH Dr Alvin Ngeow berkata: "Kami semua faham akan kesukaran yang dihadapi para ibu bapa, termasuk kekurangan tidur.
"Ada ibu-ibu yang merasa sakit akibat bekas jahitan. Ada yang melalui perasaan berubah-ubah dan juga kemurungan selepas bersalin.
"Masa-masa yang tertekan ini membuat saya terfikir, terdapatkah cara lebih baik yang boleh kita ambil untuk membolehkan para ibu bapa memeriksa penyakit kuning dengan tepat, dalam sekitaran lebih selamat dan selesa di rumah?"

Sumber : CNA/AZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.