Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Api menyala semula di flat sama di Jurong East

Anggaran Waktu Membaca:
Api menyala semula di flat sama di Jurong East

(Gambar: Albert Ng)

Diterbitkan : 17 Aug 2022 12:25PM Dikemas Kini : 17 Aug 2022 02:08PM
SINGAPURA: Kebakaran kedua tercetus pada awal Rabu (17 Ogos) di sebuah flat di Jurong East di mana seorang lelaki berusia 48 tahun ditemui meninggal dunia pada Selasa (16 Ogos).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF)dimaklumkan mengenai kebakaran di tingkat sembilan Blok 236 Jurong East Street 21 pada sekitar pukul 5.00 pagi.

SCDF mengesan kebakaran di salah sebuah bilik tidur dan memadamkannya menggunakan jet air.

"Kebakaran itu berkemungkinan besar disebabkan oleh bara api ," menurut SCDF.

SCDF menambah pihaknya juga sudah menjalankan operasi memadamkan sebarang baki kebakaran di flat itu selama kira-kira lapan jam selepas kebakaran pertama tercetus pada Selasa (16 Ogos).

Menurut saksi, Albert Ng, kebakaran kedua pada pagi Rabu itu berlarutan selama lebih sejam.

Tiada kecederaan dilaporkan semasa kejadian itu.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan