Api marak di gudang Tuas akibatkan tembok runtuh
Api kebakaran yang marak menjilat sebuah gudang di Tuas pada awal pagi Rabu (13 Mei), menyebabkan beberapa temboknya runtuh.
Kebakaran tercetus di aras dua sebuah gudang di Tuas pada 13 Mei 2020. (Gambar: SCDF)
SINGAPURA: Api kebakaran yang marak menjilat sebuah gudang di Tuas pada awal pagi Rabu (13 Mei), menyebabkan beberapa temboknya runtuh.
Para anggota bomba memberi respons kepada kebakaran di 2B Tuas Avenue 12 pada jam 6.20 pagi. Kebakaran tercetus di aras dua gudang dua tingkat itu, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam satu catatan Facebook.
Ia menambah 16 kenderaan kecemasan, 70 anggota bomba dan lapan jet air dikerahkan untuk mengawal kebakaran itu.
"Para anggota bomba berdepan haba panas daripada kebakaran itu yang menyebabkan tembok-tembok di premis berkenaan retak," menurut SCDF.
Ia menambah gudang itu menyimpan jentera dan berkas resin plastik.
Kebakaran dipadamkan pada sekitar 7.50 pagi tetapi para anggota bomba masih sedang melembapkan permukaan yang terbakar untuk mengekang api kebakaran daripada tercetus semula, menurut SCDF dalam kemas kini yang dimuat naik pada 8.44 pagi.
Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran sedang disiasat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.