APEC kongsi keprihatinan terhadap ketegangan perdagangan AS-China
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) adalah forum bagi 21 anggotanya membincangkan, antara lain, perdagangan bebas dan kerjasama ekonomi serta mengurangkan hambatan terhadap kegiatan perdagangan dan pelaburan.

Presiden China Xi Jinping tiba di Port Moresby. (Gambar: David Gray/AFP)
PORT MORESBY: Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) adalah forum bagi 21 anggotanya membincangkan, antara lain, perdagangan bebas dan kerjasama ekonomi serta mengurangkan hambatan terhadap kegiatan perdagangan dan pelaburan.
Pada masa ini, APEC merangkumi 21 ekonomi di rantau Asia-Pasifik yang membentuk 60 peratus Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) dunia dan hampir separuh daripada keseluruhan perdagangan sejagat.
Namun tidak seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang mengawal perdagangan antarabangsa atau badan-badan perdagangan berbilang negara yang lain, APEC tidak mengikat anggota-anggotanya kepada sesuatu perjanjian di bawah undang-undang. Ini bermakna semua keputusan dicapai melalui kata sepakat dan komitmen dilakukan secara sukarela.
APEC juga mempunyai agenda bukan perdagangan yang luas, meliputi bidang-bidang seperti pembangunan sumber manusia, kesihatan dan keselamatan makanan.
Namun bidang keutamaan bagi mesyuarat hujung minggu ini termasuk ekonomi digital dan ketersambungan rangkaian bekalan. Antara isu-isu yang akan dibincangkan adalah ketegangan perdagangan antara Amerika dengan China, yang boleh mengganggu kelancaran perdagangan global dan menjejas rangkaian bekalan seluruh dunia.
Di tengah-tengah cabaran itu, pakar ekonomi berkata adalah penting bagi anggota APEC untuk berusaha ke arah perdagangan terbuka sepenuhnya di rantau ini.
Bagi ekonomi yang terbuka dan bergantung kepada perdagangan seperti Singapura, perkara itu adalah berita baik baginya.
Para anggota APEC juga akan berusaha ke arah mewujudkan Perdagangan Bebas di Asia-Pasifik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.