Apakah keistimewaan pentas NDP tahun ini? Ia dapat menampung seramai...
Lagi tiga minggu lagi sebelum kita menyambut Hari Kebangsaan dengan sambutannya bakal diadakan di Pentas Terapung Marina Bay buat tahun kesembilan.
SINGAPURA: Lagi tiga minggu lagi sebelum kita menyambut Hari Kebangsaan dengan sambutannya bakal diadakan di Pentas Terapung Marina Bay buat tahun kesembilan.
Bagaimana pula kerja-kerja belakang tabir membina pentas gemilang tahun ini?
Pentas bagi Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2018 mengambil masa tiga bulan untuk dibina. Seluas 8,500 meter persegi, pentas itu dapat menampung sehingga 3,000 peserta!
Pentas tersebut adalah hasil titik peluh pasukan Agensi Teknologi Sains Pertahanan (DSTA).
Mereka bertanggungjawab dalam pembinaan pentas itu termasuk urutan persembahan dan menyepadukan ciri-ciri seperti automasi, bunyi dan cahaya.
Tugas mereka juga adalah untuk memastikan semua prosedur keselamatan dilaksanakan dan memeriksa jika perlu mengadakan kerja-kerja baik pulih.
Buat pertama kali juga, ciri hidraulik digunakan dalam pembinaan pentas itu. Ia dapat digunakan sehingga 30 orang untuk naik antara empat hingga tujuh meter dari bawah pentas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.