Apakah jangkitan COVID-19 'Pirola' dan patutkah SG risau?
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Virus COVID-19 baharu BA.2.86, juga dikenali sebagai "Pirola", sedang mendapat perhatian para pakar kesihatan global disebabkan puluhan mutasinya yang mungkin mempunyai kesan terhadap jangkitan.
Sedang penyelidikan dilaksanakan, vaksin sedia ada dijangka kekal berkesan dalam menangani komplikasi akibat jangkitan.
Pirola adalah varian Omicron yang baru diiktiraf, ia merupakan varian terdahulu daripada virus korona Sars-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19.
Jangkitan baharu itu mempunyai lebih daripada 30 mutasi kepada pancang proteinnya dibandingkan dengan varian Omicron lebih awal. Oleh itu, ia digelar sebagai "varian perlu diberi perhatian" oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ketika jangkitan Omicron itu muncul apda 2021, ia mengandungi 32 perubahan pada pancang proteinnya, termasuk mutasi yang boleh meningkatkan jangkitannya dan mengelakkan imuniti. Ia lebih mudah berjangkit daripada jangkitan Delta lebih awal.
Jangkitan baharu itu ditemui di Denmark, Israel, Amerika Syarikat, selain negara-negara lain.
APA YANG DIKETAHUI SAINTIS TENTANG PIROLA
Mutasi pancang protein virus itu lebih tinggi dibandingkan dengan varian Omicron lebih awal seperti XBB.1.5.

Ringkasan penilaian risiko terbaharu bagi varian baharu itu oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menunjukkan Pirola lebih mudah menjangkiti individu yang pernah dijangkiti COVID-19 atau mereka yang menerima vaksin COVID-19.
Walau bagaimanapun, penyelidikan sedang dijalankan tentang keberkesanan vaksin baharu terhadap jangkitan bermutasi baharu itu.
DI MANA PIROLA MULA MUNCUL?
WHO menyatakan bahawa sampel awal yang dicatat bagi varian itu dikesan pada 24 Julai.
Ia ditemukan buat pertama kali di Denmark dan Israel. Laporan mengenai jangkitan baharu kemudian ditemui di Britain, Afrika Selatan dan Amerika.
Meskipun laporan terhadap kes tersebut sedikit, namun penyebarannya merentasi sempadan menimbulkan kebimbangan terhadap keberkesanan vaksin dan imuniti yang diraih terhadap jangkitan baharu itu.
ADAKAH VAKSIN BERKESAN?
Pakar penyakit berjangkit memberitahu Mediacorp, tiada sebab untuk orang ramai berasa cemas buat masa ini.
Dr Paul Tambyah, presiden Presiden Persatuan Antarabangsa bagi Penyakit Berjangkit, menukil contoh "varian yang perlu diberi perhatian" diklasifikasikan oleh WHO yang sudah merebak ke Singapura.
Ia termasuk varian yang dikesan oleh WHO, seperti EG.5 dan XBB.1.16, yang tidak menyebabkan kesan besar terhadap jumlah kes jangkitan di Singapura.
Dr Leong Hoe Nam, seorang doktor penyakit berjangkit di Rophi Clinic, berkata bahawa varian baharu itu tidak seharusnya menimbulkan kebimbangan bagi rakyat Singapura.
Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa golongan lebih berusia dan mereka yang mengalami masalah imun harus mendapatkan vaksin baharu dengan suntikan penggalak untuk mengurangkan "risiko dimasukkan ke hospital".
Di Singapura, individu berusia 60 tahun dan ke atas, serta mereka yang mudah sakit, "sangat digalakkan" oleh pihak berkuasa kesihatan untuk mendapatkan satu dos vaksin bivalen yang dikemas kini kira-kira satu tahun selepas dos penggalak mereka.
Orang awam boleh ke laman web VaccineGoWhere untuk mencari tempat vaksinasi COVID-19 terdekat.
Kementerian Kesihatan (MOM) menasihatkan orang ramai agar mendapatkan suntikan penggalak lima bulan selepas dos penggalak terakhir mereka.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.