Apa yang sedang SG lakukan untuk lindungi penduduk dari banjir?
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: CNA/Try Sutrisno Foo)
SINGAPURA: Banjir akan terus berlaku di Singapura kerana negara ini mengalami lebih banyak hujan akibat perubahan iklim dan tidak ada cara untuk menghentikannya sepenuhnya, menurut agensi air negara PUB.
Atas sebab ini, PUB akan terus memperbaiki sistem saliran negara dan pemantauan hujan, kata pengarah jabatan tadahan dan laluan air PUB, Maurice Neo.
“Walaupun kami terus memperluas sistem saliran dan meninggikan kawasan yang rendah, kami telah melihat di seluruh dunia bahawa kejadian cuaca ekstrem menyebabkan banjir yang teruk dan serius,” katanya dalam satu wawancara bersama CNA pada awal bulan ini.
"Itulah sebabnya penting untuk menyedari bahawa cuaca ekstrem seperti itu boleh menjejas dan membuat sistem saliran kami melimpah buat sementara waktu dan menyebabkan banjir kilat."
Pada bulan ini sahaja, banjir kilat telah melanda beberapa kawasan di pulau itu.
MENCARI KAEDAH INOVATIF
Untuk meningkatkan infrastruktur saliran, pemerintah telah melaburkan S$2 bilion dalam tempoh sedekad yang lalu dan S$1.4 bilion lagi antara 2021 dengan 2025, kata Encik Neo.
Dengan cara ini, Singapura telah mengurangkan kawasan yang terdedah kepada banjir daripada kira-kira 3,000 hektar pada tahun 1970-an kepada sekitar 30 hektar hari ini, tambahnya.
Antara usaha PUB adalah pelan induk saliran yang mengenal pasti longkang-longkang yang perlu dinaik taraf. Encik Neo berkata, agensi itu kini mempunyai lapan projek besar terusan dan 20 projek sistem saliran tepi jalan yang sedang dijalankan.
Walaupun memperluaskan saliran adalah satu pilihan, terdapat kawasan di mana tanah adalah terlalu terhad untuk melakukannya, menurutnya.
Dalam kes seperti itu, PUB mencadangkan idea yang berdaya inovasi dan bekerjasama dengan agensi lain untuk melaksanakannya.
Antaranya adalah tangki khas Stamford yang bertujuan untuk melindungi Orchard Road selepas berlaku banjir di kawasan itu pada tahun 2010 dan 2011, yang merosakkan harta benda dan menjejas banyak perniagaan.
Dibina di bawah Kebun Bunga Singapura, tangki itu - yang boleh menampung air sebanyak 15 kolam renang bersaiz Olimpik - menakung air hujan untuk mengelakkan sistem saliran di kawasan tersebut daripada dilimpahi semasa hujan lebat.
Air kemudian akan dilepaskan apabila hujan reda dan saliran hilir tidak lagi dibanjiri air bah.
Sistem serupa digunakan di kawasan kediaman di mana sistem saliran tidak boleh dipasang semula, tambah Encik Neo.
Ini termasuk stesen pam Syed Alwi yang bertujuan untuk melindungi kawasan lebih lama dan rendah seperti Jalan Besar daripada banjir.
ORANG RAMAI PERLU SIAP SEDIA HADAPI BANJIR
Sementara PUB berusaha untuk melindungi negara ini, orang ramai juga perlu mengambil inisiatif untuk bersedia menghadapi banjir, kata Encik Neo kepada Mediacorp.
Bagi pemaju, ini bermakna mereka perlu mereka bentuk bangunan mengikut piawaian PUB dan memastikan sistem saliran disenggara dengan baik, jelasnya.
Mereka yang berada di kawasan yang diketahui terdedah kepada banjir harus bekerjasama dengan agensi untuk mencari cara terbaik untuk melindungi diri mereka, tambahnya.
Beliau menggesa orang ramai untuk mendaftar untuk amaran banjir PUB di platform media sosial dan aplikasi seperti Telegram - langkah pertama untuk bersiap sedia menghadapi kejadian seumpama itu.
Bagi pihaknya, agensi tersebut memantau jumlah hujan di Singapura.
“Ini penting kerana kami berusaha untuk memberi amaran awal kepada orang ramai supaya mereka boleh menjauhi banjir dan bersiap sedia apabila banjir berlaku,” kata Encik Neo.
“Ramalan dan amaran awal ini akan membantu saya menggerakkan pasukan saya lebih awal ke lapangan untuk membantu orang ramai.”
PUB telah menandakan 700 isi rumah dan perniagaan sebagai berada di zon yang terdedah kepada banjir seperti Beach Road dan Lorong Buangkok, serta di kawasan yang kerap mengalami banjir seperti Cavenagh Road/ Kramat Lane dan Hougang Ave 8.
Kawasan yang mudah terdedah kepada banjir merujuk kepada tempat dengan tanah rendah yang mempunyai sejarah banjir, manakala kawasan yang kerap mengalami banjir adalah lokasi yang tidak rendah tetapi pernah mengalami banjir kilat.
KERJASAMA DEMI TANGANI BANJIR DENGAN LEBIH BAIK
Untuk meningkatkan daya tahan negara terhadap banjir, PUB melancarkan kempen pertamanya yang memberi tumpuan kepada perkara ini pada Rabu (20 Nov).
Sebagai sebahagian daripada inisiatif tersebut, syarikat pengangkutan Grab akan mula mengeluarkan amaran banjir langsung kepada pemandu dan penghantar makanan melalui aplikasi mereka menjelang tahun depan.
PUB juga bekerjasama dengan Grab, syarikat pengangkutan ComfortDelGro, dan platform pengurusan kenderaan Motorist untuk berkongsi tip keselamatan banjir dengan pemandu dan pengguna mereka.
Selain itu, semua pemandu boleh mengambil pelekat kereta yang mengandungi tip banjir mulai 2 Disember di mana-mana stesen Esso.
Syarikat BlueSG dan Lumens juga akan meletakkan pelekat tersebut pada kenderaan mereka.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.