Skip to main content

Singapura

Apa yang perlu kita tahu tentang perjanjian dagangan RCEP

Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) mengambil masa lapan tahun sebelum pemeteraiannya hari ini (15 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Nov 2020 07:07PM Dikemas Kini : 15 Nov 2020 09:16PM

SINGAPURA: Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) mengambil masa lapan tahun sebelum pemeteraiannya hari ini (15 Nov).

Laporan berikut melihat apakah dan bagaimanakah perjanjian RCEP membawa manfaat kepada perniagaan dan rakyat negara-negara terlibat.

Kesemua 10 anggota ASEAN bersama dengan Australia, China, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand menandatangani perjanjian RCEP hari ini.

India pada awalnya terlibat dalam perbincangan tetapi menarik diri pada tahun lalu.

Secara keseluruhan, negara-negara peserta itu menyumbang kepada 30 peratus GDP dunia dan merangkumi sekitar sepertiga jumlah penduduk dunia.

Perkara itu sekali gus membuat RCEP sebagai perjanjian dagangan bebas terbesar di dunia.

Antara sasarannya adalah untuk mengurangkan cukai, mempercepatkan aliran barangan dan prosedur kastam yang mudah.

Satu kekuatan RCEP adalah ia dibina atas perjanjian sedia ada antara ASEAN dengan negara-negara lain.

Selain itu, RCEP juga melindungi kawal selia khusus bagi trend perdagangan sedang berkembang seperti e-dagang.

Piawaian bagi perlindungan hartanah intelektual juga akan ditingkatkan.

Yang penting, perjanjian itu mengurangkan halangan perdagangan.

Sebagai contoh, ia bertujuan menghapuskan cukai sekurang-kurangnya 92 peratus barangan antara negara-negara peserta dan meningkatkan had rakan kongsi asing di pelbagai sektor perkhidmatan.

Satu bidang baru kerjasama adalah dalam bidang pemerolehan pemerintah.

Selain itu, akan terdapat peraturan dan prosedur lebih telus yang sekali gus bermakna penjelasan lebih mendalam bagi firma-firma yang membuat bidaan untuk projek dalam negara-negara terlibat.

Para penganalisis berpendapat itu akan membantu membuka peluang-peluang di luar negara lantas memberi manfaat kepada para pengguna di Singapura.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita