Apa yang perlu anda tahu tentang usulan rang undang-undang SG bagi lindungi pekerja platform?
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Calvin Oh/CNA
SINGAPURA: Pekerja platform tidak lama lagi mungkin mempunyai caruman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka sendiri, serta perlindungan insurans kecederaan di tempat kerja, yang serupa dengan pekerja biasa.
Rang Undang-Undang Pekerja Platform, yang dibentangkan di parlimen buat kali kedua pada Isnin (9 Sep), akan mengukuhkan perlindungan terhadap pekerja platform dalam tiga perkara:
Ia adalah:
Caruman CPF yang dinaikkan oleh pekerja platform dan pengendali, pampasan kewangan bagi kecederaan dialami ketika bekerja; serta rangka kerja sah bagi perwakilan.
Jika Rang Undang-Undang tersebut diluluskan, wajib bagi caruman CPF dinaikkan untuk pekerja platform dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 1995. Pekerja lebih berusia juga boleh menyertainya.
Pertubuhan pekerja platform juga akan mewakili pekerja-pekerja dalam rundingan bersama pengendali.
Sebagai permulaan, perlindungan bagi pekerja platform hanya diberikan kepada mereka yang menawarkan khidmat pengangkutan privet dan penghantaran.
CARUMAN CPF
Mengapa pemerintah naikkan kadar caruman CPF bagi pekerja dan pengendali platform?
Kadar caruman CPF akan naik secara berperingkat selama lima thaun untuk membantu pekerja platform mencapai kestabilan kewangan dan memperoleh rumah seperti pekerja yang dibayar gaji yang sama.
Dengan caruman CPF daripada pengendali platform, gaji pekerja juga meningkat.
Peningkatan pada caruman akan diwajibkan bagi mereka yang dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 1995, kerana pekerja platform muda mempunyai keperluan yang lebih banyak disebabkan keperluan perumahan dan mereka boleh memanfaatkan faedah gandaan, dedah Kementerian Tenaga Manusia (MOM).
Adakah pekerja platform yang pilih untuk tidak terima caruman CPF yang dinaikkan, akan menerima sumbangan daripada pengendali?
Tidak. Bagi mereka yang tidak memilih untuk terima caruman CPF yang dinaikkan, pengendali hanya akan memotong sumbangan MediSave daripada pendapatan pekerja platform dan menyerahkannya kepada Lembaga CPF setiap bulan.
Ada sebarang tarikh akhir bagi pekerja platform yang dilahirkan sebelum 1 Jan 1995, untuk menerima caruman CPF yang dinaikkan?
Tidak, tiada tarikh akhir ditetapkan. Pekerja lebih berusia boleh menyertainya pada bila-bila masa.
Walau bagaimanapun, pekerja lebih berusia digalakkan untuk menyertainya lebih awal supaya mereka dapat meraih manfaat daripada Bantuan Peralihan CPF Pekerja Platform (PCTS) jika mereka layak. Skim tersebut bertujuan untuk mengurangkan kesan kewangan yang dialami pekerja selepas mereka menerima gaji.
Bolehkah pekerja menarik balik keputusan selepas setuju menerima caruman CPF yang dinaikkan?
Menurut MOM, ia tidak "praktikal" bagi pengendali platform untuk membenarkan pekerja menarik balik keputusan.
Bagaimana dengan pekerja platform berpendapatan rendah yang mungkin terjejas dengan caruman CPF yang dinaikkan?
Pekerja platform yang menerima gaji S$3,000 atau kurang setiap bulan, selepas dipotong perbelanjaan, termasuk pendapatan daripada pekerjaan platform dan sumber pekerjaan lain, akan layak bagi skim PCTS yang dikemas kini.
Ada sebarang langkah untuk cegah pengendali platform yang mungkin mendiskriminasi pekerja platform memerlukan atau memilih caruman CPF yang dinaikkan itu?
Oleh sebab caruman CPF yang dinaikkan itu bakal diwajibkan bagi semua pekerja platform dilahirkan pada atau selepas 1995, jika rang undang-undang itu diluluskan, ia akan melibatkan jumlah pekerja yang ramai.
Namun, ia mungkin "lebih membawa manfaat" kepada pengendali platform pada jangka panjang, untuk melayan pekerja dengan adil, tidak kira mereka menerima atau wajib mendapatkan caruman CPF tersebut, jelas MOM.
Garis pandu tambahan akan disertakan di dalam Garis Panduan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil, untuk memberi penjelasan bahawa pihak pengantara seperti pengendali platform tidak boleh mendiskriminasi pekerja berdasarkan isu tidak terkait dengan pekerjaan.
PAMPASAN BUAT PEKERJA CEDERA DI TEMPAT KERJA
Sekiranya seorang pekerja platform cedera ketika bekerja untuk beberapa pengendali platform, bagaimana dia akan diberi pampasan?
Dalam kes tersebut, salah satu pengendali platform akan memproses pampasan. Ia akan ditentukan berdasarkan jenis pekerjaan oleh MOM.
Terdapat tiga jenis kerja, iaitu ketika menunggu pekerjaan, mengambil pesanan dan menghantar pesanan. Namun, pekerja platform hanya layak untuk menerima pampasan bagi dua jenis kerja terakhir yang disenaraikan.
Sebagai contoh, sekiranya pekerja platform sedang menghantar pesanan dan mengambil pesanan lain buat pengendali platform berbeza, hanya pengendali yang memberinya kerja untuk menghantar pesanan tersebut akan dipertanggungjawabkan.
Terdapat kes di mana pekerja sedang menghantar pesanan bagi lebih dari satu pengendali. Dalam keadaan sedemikian, tangungjawab akan dibahagikan dan dikongsi berdasarkan pendapatan pekerja daripada pengendali masing-masing.
Kedua, sekiranya pekerja platform cedera ketika menunggu pekerjaan dalam pelbagai sektor platform, seperti khidmat pengangkutan privet dan penghantaran. Pampasan akan diberikan berdasarkan pendapatan daripada sektor yang menjana pendapatan paling tinggi.
Apakah proses bagi pekerja platform untuk membuat tuntutan pampasan kecederaan di tempat kerja?
Pekerja platform perlu segera memberitahu pengendali bahawa dia cedera.
Mereka perlu menyediakan maklumat mengenai insiden yang dialami seperti waktu dan tempat kejadian, serta maklumat tentang kecederaan, seperti sama ada kecederaan tersebut menyebabkannya dihantar ke hospital, dan jumlah hari cuti sakit.
Pengendali akan memfailkan laporan kecederaan kepada MOM dan syarikat insurans akan memproses tuntutan. Jika pelbagai pengendali platform bertangunggjawab atas pampasan kenderaan di tempat kerja, satu syarikat insurans akan dilantik untuk memproses tuntutan.
Jika pekerja tidak berpuas hati dengan penilaian tuntutan, mereka boleh memfailkan bantahan kepada MOM, bersama bukti. Kementerian itu akan membuat penilaian rasmi ke atas pertikaian tersebut.
Pekerja akan dimaklumkan tentang nombor rujukan kes tuntutan serta meklumat syarikat insurans. Mereka boleh menggunakan akaun Singpass untuk log masuk kepada e-khidmat EmPOWER untuk memeriksa status tuntutan mereka.
PERWAKILAN
Mengapa perkenalkan pertubuhan kerja platform untuk mewakili kepentingan pekerja platform, berbanding membenarkan mereka bentuk dan sertai kesatuan sekerja?
Hubungan antara pekerja dengan majikan tidak sama bagi pekerja platform.
Ia menyukarkan kesatuan sekerja untuk mewakili pekerja platform, seperti mana mereka lakukan dengan pekerja lain, dedah MOM.
Oleh itu, pemerintah menubuhkan rangka kerja berasingan untuk pekerja platform supaya diwakilkan, sama seperti pekerja yang mempunyai beberapa aspek disesuaikan untuk menjadi lebih relevan kepada sektor platform.

Sumber : CNA/AE/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.