Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Apa yang perlu anda tahu sebelum bawa 'power bank' naik pesawat

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pada Selasa (10 Jan), satu penerbangan Scoot dari Taipei ke Singapura terpaksa kembali ke pintu gerbang sebelum berlepas disebabkan sebuah alat pengecas kuasa atau 'power bank' terbakar dalam pesawat tersebut.

Menurut syarikat tersebut,penerbangan Scoot TR993 terpaksa kembali ke pintu gerbang selepas power bank milik seorang penumpang menjadi terlampau panas ketika pesawat masih berada di landasan.

Penumpang itu serta teman beliau mengalami kelecuran ringan di jari mereka.

Seorang penumpang dalam penerbangan tersebut memberitahu Mediacorp bahawa seorang pramugari berjaya memadamkan kebakaran tersebut dalam masa tiga minit.
Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), power bank dianggap sebagai bateri litium ganti.

Bateri sedemikian juga biasanya ditemui dalam produk elektronik seperti komputer riba, telefon bimbit dan basikal elektronik.

Apakah peraturan yang ditetapkan jika anda ingin membawa alat pengecas kuasa? Bagaimana pula untuk memastikan bagasi anda selamat?

Ini jawapannya.

DI MANA HARUS SAYA SIMPAN POWER BANK SAYA?

Power bank dan alat pengecas kuasa mudah alih mesti dibawa dalam beg kabin.

Bagaimanapun, apabila ia dipasang dalam sebuah peranti, bateri tersebut harus disimpan dalam bagasi yang didaftar (check-in), menurut IATA di lamannya.

Dalam barangan seperti bagasi bijak yang sudah dipasang power bank, alat pengecas kuasa itu harus boleh ditanggalkan dan ia seharusnya dilakukan demikian sebelum penerbangan mereka.

Sekiranya power bank itu tidak boleh ditanggalkan, ia tidak akan dibenarkan dibawa masuk ke dalam pesawat, menurut IATA di lamannya.

Maklumat yang tertera di laman syarikat-syarikat penerbangan yang ditinjau Mediacorp, menunjukkan sekatan serupa terhadap alat pengecas kuasa.

APAKAH SPESIFIKASI YANG DIPERLUKAN UNTUK POWER BANK SAYA?

Hanya power bank yang mempunyai kuasa di bawah 100 watt-jam (Wj) setiap bateri sahaja boleh dibawa dibenarkan untuk dibawa bersama anda. Bagi power bank dengan kapasiti antara 100 hingga 160 Wj, anda perlu memaklumkan pihak penerbangan anda sebelum menaiki pesawat, menurut IATA di lamannya.

Dalam penerbangan SIA dan Scoot, penumpang boleh membawa alat pengecas kuasa sehingga 160 Wj ke dalam kabin pesawat, kata jurucakap kedua-dua syarikat penerbangan tersebut.

Sementara itu, bagi penerbangan Jetstar, penumpang yang membawa power bank dengan kuasa lebih dari 100Wj tetapi kurang daripada 160Wj, mereka perlu mendapatkan kelulusan syarikat penerbangan untuk membawa alat tersebut ke dalam pesawat, kata jurucakap syarikat penerbangan itu.

Tambah jurucakap itu, power bank dengan kuasa melebihi 160Wj tidak dibenarkan.

BILA BOLEH SAYA GUNAKAN POWER BANK DALAM PESAWAT?

Dalam penerbangan SIA misalnya, penumpang dibenarkan menggunakan power bank apabila penerbangan itu sudah berada di ruang udara, menurut jurucakap SIA.

Sekalipun demikian, mereka tidak dibenarkan untuk menggunakan power bank untuk mengecas peranti elektronik mereka ketika pesawat sedang bersiap sedia untuk berlepas mahupun mendarat.

BAGAIMANA BOLEH SAYA PASTIKAN POWER BANK SAYA SELAMAT?

Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan power bank anda menjadi terlampau panas, kata Dr Wang Yihua, pensyarah kanan di Sekolah Kejuruteraan Politeknik Republic (RP).

Antara puncanya termasuk kecacatan dalam pembuatan alat itu, litar pintas akibat power bank yang bermutu rendah, persekitaran yang tinggi, atau pengaliran udara kurang baik.

Dr Wang malah, menasihatkan orang ramai agar membeli jenama yang dipercayai, yang memberi jaminan, arahan operasi serta keselamatan.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan