Apa yang penduduk Yishun, Choa Chu Kang mahukan di bawah jejambat MRT? Rancangan perlu penuhi keperluan masyarakat, menurut pakar
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Ooi Boon Keong/TODAY
SINGAPURA: Kawasan di bawah jejambat kereta api, yang terletak bersebelahan dengan stesen MRT Yishun dan Choa Chu Kang - baru-baru ini diperuntukkan bagi kerja-kerja pembangunan. Kedua-dua kawasan tersebut mempunyai jumlah orang lalu-lalang yang banyak.
Berdasarkan dapatan Mediacorp, para penduduk, bagaimanapun, ingin perkara-perkara yang sangat berlainan mengenai apa yang akan dibina di sana.
Mereka yang menetap di Yishun, misalnya, berharap untuk melihat banyak kedai dan tempat makan di bawah trek MRT di kawasan berkenaan. Para penduduk Choa Chu Kang sebaliknya, lebih cenderung untuk mengadakan ruang bersama atau ruang hijau di bawah jejambat kereta api tersebut.
Seramai 20 penduduk di kedua-dua kawasan tersebut berkongsi dengan Mediacorp ''antara perkara yang diharapkan" disediakan di ruang sedemikian, selepas pihak berkuasa menyatakan pada bulan lalu bahawa tanah di bawah trek MRT yang kurang digunakan boleh dipajak bagi penggunaan komersil dan masyarakat pada masa depan.
Para pakar, yang ditemui Mediacorp, juga bersetuju bahawa keperluan unik setiap masyarakat mesti dipertimbangkan di Singapura yang kekurangan tanah, dan bukannya pembangunan menyeluruh dan berasaskan keuntungan.
Mereka akur bahawa kadang-kala, membiarkan kawasan itu tidak dibangunkan menyediakan pihak berkuasa dengan lebih banyak pilihan pada masa depan jika keperluan penduduk berubah.
Setiap plot mempunyai kawasan seluas kira-kira 5,000 meter persegi.
Tapak di Yishun itu meliputi kawasan dari berdekatan dengan Blok 749 Yishun Street 72 hingga berhampiran dengan Blok 757 di jalan yang sama.
Ruang tersebut di Choa Chu Kang dibahagikan kepada tiga plot - satu berdekatan dengan Kelab Masyarakat Keat Hong, satu lagi berhampiran dengan Blok 346 Choa Chu Kang Loop, dan segmen ketiga itu berdekatan dengan Blok 345 Choa Chu Kang Loop.
Menjawab pertanyaan Mediacorp pada Isnin (5 Feb), LTA dan Kementerian Pengangkutan (MOT) menyatakan bahawa usaha meneroka penggunaan tanah di bawah trek kereta api itu adalah sebahagian daripada usaha untuk "menyuntik lagi semangat stesen itu".
Memandangkan projek tersebut masih dalam fasa tinjauan, satu proses akan dijalankan dengan tujuan untuk memahami kos dan kebolehlaksanaan projek sedemikian, jelas seorang jurucakap LTA.
Isu pemilikan tanah juga akan dipertimbangkan kemudian jika dan apabila LTA meneruskan rancangan itu, tambah jurucakap tersebut.

KEUNTUNGAN TIDAK SEHARUSNYA DIJADIKAN TUJUAN: PAKAR
Para pakar yang ditemui Mediacorp mengatakan bahawa mereka menyokong idea untuk membangunkan ruang di bawah jejambat itu, tetapi menekankan peri pentingnya untuk memilih pembangunan yang betul.
Profesor Madya Walter Theseira daripada Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) berkata bahawa memandangkan kawasan itu mempunyai jarak dekat dengan MRT itu, bunyi bising serta habuk adalah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan apabila memutuskan apakah jenis pembangunan yang boleh dibina.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.