Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Apa yang dimaksudkan dengan vaksin bivalen COVID-19, bagaimana ia akan melindungi saya?

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) mengumumkan pada Rabu (14 Sep) bahawa ia telah meluluskan buat sementara penggunaan vaksin bivalen COVID-19 Moderna sebagai suntikan penggalak, di bawah Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR).

Vaksin Bivalen COVID-19 Spikevax Asal/Omicron ialah vaksin bivalen pertama melawan koronavirus yang dibenarkan bagi kegunaan sebagai dos penggalak di sini. HSA menyatakan ia berunding dengan pakar dari Jawatankuasa Penasihat Ubat-ubatan dan Panel Pakar Penyakit Berjangkit dalam membuat keputusan itu.

HSA menambah bahawa semakan klinikalnya adalah berdasarkan percubaan Fasa 2/3 yang dijalankan oleh Moderna pada individu berumur 18 tahun dan ke atas.

Berikut ini perlu anda tahu sebelum mendapatkan suntikan penggalak seterusnya:

APA ITU VAKSIN BIVALEN?

Vaksin bivalen berfungsi dengan meniru tindak balas imun terhadap dua antigen berbeza, seperti virus.

Vaksin berbilang valen - yang memberi perlindungan terhadap lebih daripada satu jenis antigen - telah wujud sejak sekian lama.

Malah, jika anda seorang wanita, anda mungkin sudah mengambil salah satu daripadanya - Gardasil-9 yang kini digunakan di Singapura sebagai vaksin terhadap penyakit yang disebabkan oleh beberapa jenis virus Human Papillomavirus, atau HPV, termasuk barah pangkal rahim.

Suntikan tahunan bagi demam selesama juga satu contoh yang melindungi anda daripada empat jenis virus: dua virus demam selesama A dan dua virus demam selesama B.

APA BEZANYA VAKSIN INI DENGAN VAKSIN COVID-19 YANG LAIN?

Vaksin COVID-19 yang digunakan di Singapura sehingga kini adalah monovalen, iaitu hanya mengandungi atau menangani satu kod protein virus asal SARS-CoV-2.

Sebagai perbandingan, vaksin bivalen Moderna dikemas kini untuk melindungi anda daripada varian Omicron BA.1 selain virus asal. Ia mengandungi 25 mikrogram setiap satu daripada komponen yang menyasarkan kedua-dua virus.

HSA menyatakan semakan klinikalnya menunjukkan bahawa vaksin penggalak tersebut "memberi tindak balas imun yang kuat terhadap varian Omicron BA.1, sambil mengekalkan tindak balas imun terhadap virus asal SARS-CoV-2".

Tambahnya, data awal mencadangkan bahawa vaksin itu boleh merangsang antibodi daripada varian lain, termasuk Omircon BA.4/5, Alpha, Beta, Delta dan Gamma.

SIAPA YANG BOLEH DAPATKAN VAKSIN PENGGALAK INI?

Mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas serta sudah menerima dos vaksin COVID-19 asas mereka layak mendapatkan suntikan bivalen.

Saranan rasmi akan dikeluarkan oleh jawatankuasa pakar mengenai vaksinasi COVID-19 dan Kementerian Kesihatan "dalam masa terdekat", kata HSA.

ADA KESAN SAMPINGAN?

Kajian klinikal menunjukkan bahawa vaksin bivalen "biasanya diterima dengan baik" dan mempunyai profil keselamatan yang konsisten dengan vaksin asal Spikevax Moderna.

Kesan sampingannya ringan hingga sederhana, kata HSA. Ini termasuk rasa sakit pada tempat disuntik, keletihan, sakit kepala dan sakit otot.

HSA menyatakan ini "secara amnya dikaitkan dengan vaksinasi dan sebahagian daripada tindak balas semula jadi badan untuk membina imuniti terhadap COVID-19", dan biasanya baik dengan sendiri dalam beberapa hari.

SIAPA LAGI BANGUNKAN VAKSIN COVID-19 BIVALEN?

Pfizer-BioNTech ada vaksin bivalen yang bertindak sama seperti Moderna dan menyasarkan dua jenis virus COVID-19 yang sama.

Ia telah diluluskan di beberapa negara sebagai dos penggalak bagi individu berusia 12 tahun dan ke atas.

Singapura masih belum meluluskan vaksin ini untuk digunakan di sini. Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata pada  Selasa bahawa MOH akan membawa kedua-dua jenis vaksin itu ke Singapura di bawah perjanjian dengan syarikat farmaseutikal.

"Niat kami adalah untuk mengemas kini vaksin kami di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan apabila penghasilannya bertambah baik," kata Encik Ong.

Sumber : CNA/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan