Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Apa yang anda perlu tahu tentang skim pemulangan bekas minuman

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pengguna harus bersedia untuk membayar deposit untuk minuman dalam botol atau tin yang mereka beli mulai April 2023.

Ia adalah sebahagian daripada skim untuk mengurangkan sisa dan meningkatkan kadar kitar semula di Singapura.

Deposit S$010 akan ditambah pada harga minuman itu dan akan dipulangkan apabila botol atau tin kosong tersebut dipulangkan.
MENGAPA SINGAPURA PERKENALKAN DEPOSIT 10 SEN?

Skim itu bertujuan meningkatkan kadar kitar semula bekas minuman, dan mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan sampah di Singapura. Pada 2021, hanya enam peratus sisa plastik yang dihasilkan di Singapura dikitar semula.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan ia sedang menyediakan butiran bagi deposit itu akan dikembalikan, yang mungkin dilakukan melalui kaedah digital.

BEKAS MINUMAN APA YANG DISERTAKAN?

Deposit tersebut akan ditambah kepada bekas minuman yang sudah siap seperti botol plastik dan tin antara 150 mililiter dan tiga liter.
Saiznya itu berdasarkan saiz yang boleh diterima mesin kitar semula.

Semua bekas yang menyertai skim tersebut akan mempunyai tanda deposit unik Singapura dan kod bar. Semua pengimport dan pengilang dikehendaki menyertai skim itu.


DI MANA BOLEH ANDA PULANGKAN BOTOL DAN TIN MINUMAN?

Pasar raya yang mempunyai keluasan lantai melebihi 200 meter persegi akan dikehendaki untuk menyediakan tempat pemulangan apabila skim itu dimulakan.

Sekitar 400, atau dua pertiga pasar raya di Singapura memenuhi kriteria itu.

Pusat-pusat penjaja, sekolah-sekolah, pusat membeli-belah dan stesen minyak juga boleh digunakan sebagai tempat pemulangan, namun ia tidak diwajibkan.

Kebanyakan tempat pemulangan dijangka menggunakan mesin layan diri untuk mengumpul botol dan tin, namun kutipan secara manual juga dibenarkan, kata NEA.

Para pengguna digalakkan untuk membilas bekas-bekas tersebut sebelum memulangkannya, kata NEA. Ia menambah bahawa mesin layan diri di luar negara berupaya menolak botol atau tin yang tidak kosong.

BILA IA DIMULAKAN?

Para pengeluar minuman akan membekalkan produk-produk yang mempunyai tanda deposit Singapura dan kod bar mulai 1 April 2025.

Menjelang 1 Julai 2025, semua minuman yang dijual dalam botol dan tin dalam had saiz yang ditetapkan perlu mempunyai tanda deposit dan kod bar. Para penjual harus mengenakan deposit 10 sen.

APAKAH SASARAN SKIM TERSEBUT?

Bagi tahun pertama dan kedua selepas skim itu berkuat kuasa, sasaran kadar pulangan bekas minuman adalah 60 peratus dan 70 peratus.

Mulai tahun ketiga dan seterusnya, sasaran kadar pulangan adalah 80 peratus.

"Pada kadar purata 80 peratus, ia dianggarkan berjumlah kira-kira 800 juta bekas minuman yang dikumpul untuk dikitar semula setiap tahun," kata Menteri Negara Kanan bagi Kemampanan dan Sekitaran Dr Amy Khor.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan