Skip to main content

Singapura

Apa kaitan teknologi angkasa dengan sistem ERP dan pinggir pantai SG?

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Industri angkasa di Singapura sedang berkembang.

Teknologi berkaitan sektor itu sedang meningkat dan memainkan peranan dalam pembangunan infrastruktur, perniagaan dan kehidupan seharian.

Seperti contoh, sistem Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP), menggunakan teknologi Sistem Pengemudian Satelit Global (GNSS) untuk memperbaiki pengurusan trafik dan perancangan kenderaan. Ia juga menyediakan amaran masa nyata kepada pemandu mengenai maklumat trafik dan tempat mengecas kenderaan.

Khidmat peta online seperti Google Maps dan Apple Maps menggunakan satelit dan gambar dari udara untuk membantu pengguna mencari dan munuju ke lokasi.

Pemerintah sedang meneroka lebih banyak cara untuk membangunkan kapasiti dalam bidang itu. Penguasa Tanah Singapura (SLA) Singapura sedang menerajui penggunaan maklumat berdasarkan lokasi atau 'geospatial' dan teknologi untuk memacu inisiatif Negara Bijak dan Ekonomi Masa Depan.

"Kami sedang melihat beberapa aplikasi teknologi angkasa paling penting, iaitu di dalam aplikasi pemetaan dan maklumat berdasarkan lokasi," kata Dr Viktor Khoo, pengarah Divisyen Tinjauan dan Geomatik SLA.

"Kami menggunakan data untuk menghasilkan peta dan maklumat berdasarkan lokasi, yang bermanfaat bagi kehidupan seharian rakyat Singapura," beliau memberitahu Mediacorp pada Khamis (16 Feb).

PERUBAHAN IKLIM DAN BANDAR BIJAK

"Dengan teknologi ini, kami boleh melakukan banyak perkara. Secara tradisional, ia digunakan bagi aktiviti pemetaan dan tinjauan. Mulai sekarang, kami akan menggunakannya dalam
bidang kemampanan, ketika memantau paras laut dan pergerakan vertikal tanah. Ia penting untuk kita mengawal dan melindungi pinggir pantai kita."

Dengan penggunaan teknologi angkasa dan darat, SLA memetakan rupa bumi dan pinggir pantai Singapura dan memantau perubahan, terutama sekali ketinggiannya, kata Dr Khoo. Ia juga menggunakan maklumat tersebut untuk membuat model rupa bumi negara.

"Singapura begitu kecil. Teknologi berdasarkan angkasa adalah sumber yang baik bagi kita," kata Dr Khoo.

TEKNOLOGI ANGKASA DI SINGAPURA

Dr Khoo bercakap tentang peranan angkasa dalam peningkatan aplikasi geospatial di Konvensyan Teknologi dan Angkasa Global (GSTC), yang diadakan pada Rabu (15 Feb) dan Khamis (16 Feb) di Singapura.

Acara itu meghimpunkan lebih dari 800 pemimpin pemikiran,
pemain industri dan pelabur dari lebih dari 40 negara. Mereka membincangkan topik yang meluas, termasuk pembangunan teknologi sempadan, kerjasama global oleh agensi-agensi angkasa, dan agenda angkasa dan kelestarian.

Untuk memikat lebih ramai bakat ke industri angkasa, Program Latihan Amali Angkasa dilancarkan ketika konvensyen itu. Sekurang-kurangnya 95 peluang disediakan di seluruh syarikat teknologi angkasa yang bermula dari sekarang hingga 2026.

Lebih dari 60 syarikat angkasa tempatan dan antarbangsa berpangkalan di Singapura. Syarikat-syarikat tersebut mengaji lebih dari 2,000 profesional dan pengkaji.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita