Apa itu insurans siber dan mampukah ia lindungi mangsa penipuan?
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: iStock)
SINGAPURA: Percubaan menipu kian meningkat kebelakangan ini, dengan berjuta-juta dolar lesap menerusi ancaman siber, termasuk melalui serangan pancingan data dan penipuan panggilan rakan palsu.
Insurans boleh membantu sebilangan mangsa mendapatkan semula kerugian yang dialami tetapi polisi-polisi sedia ada hanya meliputi beberapa jenis penipuan.
Dan walaupun anda mempunyai perlindungan insurans, ini tidak bermakna langkah berjaga-jaga yang berupaya menghalang anda daripada menjadi mangsa penipuan, tidak perlu diambil, kata seorang pakar.
"Insurans hanya disarankan selepas anda mengambil langkah berjaga-jaga yang mencukupi, (misalnya) dengan memuat turun dan mengemas kini sofwe keselamatan siber, mempelajari tentang risiko siber," kata Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Risiko Insurans dan Kewangan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Dr Shinichi Kamiya.
Langkah-langkah sebegitu akan sangat mengurangkan risiko mudah terpedaya, kata Dr Kamiya, yang juga seorang profesor madya dalam bidang insurans dan sains aktuari.
Isu tentang penipuan insurans dibangkitkan setelah sebilangan mangsa perisian hasad kehilangan simpanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) pada Jun.
Dalam satu sidang parlimen pada Julai, Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng menyarankan agar pemerintah mempertimbangkan insurans sebegitu demi melindungi para pencarum daripada kerugian akibat penipuan.
Namun, kementerian Encik Tan kemudian menjelaskan bahawa Lembaga CPF tidak mempunyai rancangan untuk menggunakan skim insurans dalam perkara ini.

APA YANG DILINDUNGI PELAN INSURANS SIBER?
Insurans peribadi yang menawarkan perlindungan terhadap ancaman penipuan dan siber sememangnya masih agak baharu di Singapura, kata Dr Kamiya dari NTU.
Sekurang-kurangnya tiga syarikat - StarHub, FWD Singapore dan Etiqa Insurance Singapore - menawarkan insurans siber buat para individu.
Namun, tiada satu pun polisi sedemikian menawarkan perlindungan bagi penipuan perisian hasad yang berlaku baru-baru ini, di mana lebih S$120,000 simpanan CPF lesap.

StarHub menyatakan polisi 'Cybercover' yang ditawarkan pihaknya, boleh diguna pakai kalau kad bayaran seseorang digunakan dalam urus niaga melibatkan penipuan.
Malangnya, memandangkan penipuan itu melibatkan transaksi akaun bank tanpa kebenaran, para mangsa tidak dilindungi polisi insurans.
Polisi tersebut mempunyai had S$750 bagi tuntutan berkaitan pembelian online dan transaksi tanpa kebenaran. Para pemegang polisi juga perlu membayar dahulu S$50 atau 10 peratus, atau mana yang lebih tinggi, bagi setiap tuntutan.
Ditaja jamin oleh Chubb Insurance Singapore, polisi tersebut berharga S$10.08 sebulan bagi para individu atau S$13.11 sebulan bagi keluarga.
FWD menyatakan ia mahu menyediakan perlindungan terhadap penipuan siber yang paling lazim berlaku di Singapura, agar polisinya hanya meliputi penipuan pembelian online dan pindahan elektronik tanpa izin.
Sebagai contoh, sekiranya pembelian online dilakukan tetapi barang yang dipesan tidak dihantar, walaupun pembeli sudah berkali-kali mencuba menghubungi si penjual, pemegang polisi boleh membuat tuntutan.
Hanya para pelanggan FWD yang membeli produk insurans kediaman syarikat itu, boleh mendaftarkan diri bagi pelan insurans sibernya. Perlindungan bernilai sehingga S$5,000 adalah percuma bagi para pelanggan ini.
Insurans siber Etiqa pula merangkumi pancingan data, di mana para penipu menyamar sebagai seseorang atau syarikat untuk memperoleh maklumat sulit.
Di bawah kontrak insurans tersebut, seseorang boleh membuat tuntutan bagi wang yang dicuri menerusi serangan pancingan data, urus niaga tanpa kebenaran melalui penipuan dompet mudah alih dan banyak lagi.
Polisi berkenaan, yang berharga S$108 setahun, menyediakan perlindungan bernilai S$25,000 setahun bagi penipuan siber, pemerasan online, kos pengembalian dan pencurian identiti.
ADAKAH INSURANS SIBER DISARANKAN?
Perlindungan siber peribadi dijangka menjadi semakin penting sedang lebih banyak kegiatan dan transaksi dilakukan secara online, kata Dr Kamiya.

Mereka yang menginginkan ketenangan dan mahu dilindungi daripada kerugian kewangan mahupun reputasi disebabkan ancaman siber, mungkin akan mendapati polisi sebegini bermanfaat, kata beliau.
"Namun, ia penting untuk menilai perlindungan, syarat-syarat polisi dan harga dengan teliti sebelum membuat keputusan," tambahnya.
Satu pengecualian yang harus diketahui bagi perlindungan FWD dan Etiqa adalah penipuan cinta di Internet.
Etiqa sedia maklum bahawa dalam kes seperti ini, seorang mangsa bertindak "mengikut keinginannya sendiri".
Para mangsa yang boleh mendapatkan pembayaran balik daripada bank juga tidak boleh membuat tuntutan insurans.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.