Skip to main content

Singapura

Apa di atas kek 'mi siam' untuk PM Lee susuli sidang Parlimen terakhirnya?

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sesi parlimen pada Rabu (8 Mei) merupakan yang terakhir buat Encik Lee sebagai Perdana Menteri Singapura yang ketiga. Bagi meraikan detik itu, beberapa Anggota Parlimen wanita PAP menghadiahkan beliau sebuah kek, yang menampilkan sebilangan "barangan kegemarannya".

Menurut AP Rachel Ong, kek tersebut adalah untuk "merakamkan penghargaan (mereka) atas segala yang telah dilakukan [PM Lee]".

Antara barangan kegemaran beliau yang ditampilkan di atas kek tersebut termasuk:

  • Mi siam
  • Kuih Nyonya
  • Hidangan aneka buah termasuk tembikai kuning dan papaya
  • Secawan kopi
  • Alas meja Peranakan
  • Pelbagai buku termasuk 'Life 100 People Who Changed the World', 'How To Solve Coding Problems' dan 'Elon Musk: How The Billionaire CEO Of SpaceX And Tesla Is Shaping Our Future'
  • Sebuah telefon bimbit yang memaparkan halaman Facebooknya
  • Butang dengan label 'Meja 72' (rujukan pada usianya)


Kek tersebut juga tertera mesej berbunyi: "Kamsiah PM", yang membawa maksud terima kasih dalam dialek Hokkien.

Malah, ada netizen berseloroh sambil mengatakan bahawa kek tersebut ketinggalan "cawan ajaib" Encik Lee, dengan merujuk kepada cawan yang beliau seringkali menggunakan ketika menyampaikan ucapannya semasa pandemik COVID-19, lazimnya sebelum beliau beralih untuk bertutur dalam bahasa yang berlainan.

Kek tersebut menerima sentuhan barisan cef daripada Shangri-La Singapore, yang dipimpin Cef Pastri Eksekutif Area Chef Herve Potus, bersama cef pastri Lee Yan Jium dan cef Stephanie Khor, yang juga merupakan artis yang mereka barangan tersebut.

Mengongsi video kek tersebut menerusi catatan media sosialnya, PM Lee menzahirkan penghargaannya kepada "kesemua AP, NMP dan NCMP, yang dahulu dan sekarang, atas sumbangan (mereka) kepada perbahasan mantap dan serius" di parlimen.

Encik Lee akan secara rasminya melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 15 Mei, selepas berkhidmat dalam peranan tersebut selama dua dekad. Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong bakal mengambil alih sebagai Perdana Menteri Singapura yang keempat.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita