Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Apa anda perlu tahu tentang Baucar CDC S$100

Satu skim seluruh negara yang akan mengagihkan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai S$130 juta kepada semua keluarga rakyat Singapura dilancarkan pada Isnin (13 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Apa anda perlu tahu tentang Baucar CDC S$100

Pelanggan di Pusat Makanan Maxwell. (Gambar: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 14 Dec 2021 12:08AM Dikemas Kini : 14 Dec 2021 12:12AM

SINGAPURA: Satu skim seluruh negara yang akan mengagihkan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai S$130 juta kepada semua keluarga rakyat Singapura dilancarkan pada Isnin (13 Dis).

Sehingga 1.3 juta keluarga rakyat Singapura akan masing-masing menerima baucar digital bernilai S$100. Mereka boleh mula menuntut baucar tersebut dan diberikan tempoh sehingga 31 Disember 2022 untuk menebusnya.

Berikut apa yang anda perlu tahu mengenai skim tersebut.

Soalan: Untuk apa saya boleh menggunakannya?
Baucar CDC boleh ditebus di gerai-gerai penjaja dan kedai-kedai di kawasan kejiranan yang boleh dikenal pasti melalui pelekat baucar CDC.

Soalan: Bagaimana saya boleh menebusnya?
Surat pemberitahuan akan dihantar ke setiap isi rumah. Anda juga boleh melungsuri laman go.gov.sg/cdcv dan log masuk menggunakan Singpass. Hanya seorang anggota keluarga boleh menebus baucar bagi pihak keluarganya.

Anda kemudian akan diminta untuk memberikan nombor telefon bimbit anda untuk menerima Kata Laluan Sekali Sahaja (OTP). Pautan pada baucar CDC itu akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftar menerusi SMS. Anda boleh mengakses baucar dengan menekan pautan yang diberikan.

Anda juga boleh berkongsi pautan baucar dengan anggota keluarga anda. Klik butang "Share My Vouchers" di laman penebusan baucar untuk menyalin pautan unik baucar dan menampalkannya pada aplikasi seperti WhatsApp atau Telegram. Sesiapa sahaja yang mempunyai pautan berkenaan boleh mengakses baucar tersebut.

Soalan: Bagaimana jika saya tidak tahu cara untuk menebus baucar?
Bantuan akan disediakan di balai rakyat dan kelab masyarakat. Warga senja tanpa anggota keluarga di sisi mereka untuk membantu mereka akan diberikan keutamaan.

Para penduduk yang tidak mempunyai telefon bijak atau mereka yang perlu mendaftar Singpass atau menukar semula kata laluan mereka juga boleh mendapatkan bantuan di balai rakyat dan kelab masyarakat sepanjang tempoh skim tersebut.

Jika perlu, pilihan untuk mencetak salinan baucar tersebut turut disediakan.

Selain itu, bantuan juga akan disediakan di Jawatankuasa Penduduk (RC) atau Pusat Rangkaian Penduduk di kawasan-kawasan terpilih yang terdapat lebih ramai penduduk warga tua untuk membimbing mereka tentang cara-cara untuk menebus baucar CDC.

Duta Digital juga akan dikerahkan ke hab masyarakat SG Digital, yang ditempatkan di balai rakyat, kelab masyarakat dan perpustakaan awam tertentu merata negara untuk menghulurkan bantuan. Mereka akan membimbing penduduk kurang celik digital yang memerlukan bantuan untuk mendapatkan baucar digital mereka.

Duta Pejabat Generasi Warga Emas (SGO) juga akan membantu dengan pertanyaan atau permintaan untuk mendapatkan bantuan semasa melakukan lawatan dari rumah ke rumah warga tua.

Soalan: Bagaimana cara untuk menggunakan baucar saya?
Untuk menggunakan baucar berkenaan, anda boleh mengklik pautan baucar CDC, kemudian memilih jumlah yang ingin digunakan dan menunjukkan kod QR kepada para peniaga yang mengambil bahagian dalam skim tersebut untuk diimbas menggunakan aplikasi RedeemSG mereka.

Baucar tidak akan dikembalikan bagi sebarang jumlah atau nilai yang tidak digunakan, jika pembelian yang dibuat kurang daripada jumlah baucar yang digunakan. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan