Skip to main content

Singapura

AP Zhulkarnain dilantik pengerusi GPC Ehwal Dalam Negeri, Undang-Undang

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Jul 2024 11:19AM Dikemas Kini : 01 Jul 2024 09:20PM
SINGAPURA: Anggota Parlimen (AP) Zhulkarnain Abdul Rahim dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang.

Demikian menurut Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Isnin (1 Jul).

AP Chua Chu Kang itu akan mengambil alih jawatan tersebut mulai Isnin, dan akan menggantikan AP Murali Pillai (PAP-Bukit Batok) yang dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Negara bagi Undang-Undang merangkap Pengangkutan pada hari yang sama.

Sebelum ini, Encik Zhulkarnain merupakan timbalan pengerusi GPC.

Menurut laman PAP, GPC ditubuhkan oleh parti tersebut untuk "menilai perundangan dan program daripada kementerian yang berbeza". Ia juga berfungsi sebagai saluran tambahan bagi maklum balas mengenai dasar pemerintah.

Anggota GPC lain bagi Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang adalah:

AP Christopher de Souza (PAP-Holland-Bukit Timah)
AP Sitoh Yih Pin (PAP-Potong Pasir)
AP Tan Wu Meng (PAP-Jurong)
AP Vikram Nair (PAP-Sembawang)
AP Patrick Tay (PAP-Pioneer)
AP Derrick Goh (PAP-Nee Soon)

Encik Zhulkarnain dipilih sebagai Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang dalam Pilihan Raya Umum 2020. Beliau adalah rakan kongsi kanan di syarikat guaman Dentons Rodyk.

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Nasional Singapura (NUS) pada 2005, beliau diterima sebagai peguam bela dan peguam cara pada 2006.

Beliau juga memiliki Sarjana Undang-undang dalam Undang-Undang dan Kewangan Islam dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU).

Encik Zhulkarnain merupakan anggota Jawatankuasa Anggaran, yang meneliti Belanjawan pemerintah.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita